RM145 JUTA DIANGGAP BEBAN …..

Kos penyediaan infrastruktur kepada semua Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) yang masih belum memiliki kemudahan itu bernilai RM145 juta dianggap beban, walau ianya hanya 10 peratus daripada kos projek SILEX yang bernilai lebih RM1 billion.

Kemudahan infrastruktur RPT adalah untuk kepentingan lebih 74,000 buah keluarga yang terlibat dengan RPT, manakala kepentingan projek SILEX hanya untuk 'laluan' kira-kira 1,000 kenderaan sehari. Manakah yang lebih diutamakan Kerajaan Negeri Perak?

Daripada 439 RPT yang diluluskan, hanya 246 buah RPT yang sudah memberikan kebanggaan dan kesempurnaan kepada penduduknya. Angka ini berjumlah kira-kira 76 peratus daripada keseluruhan RPT yang diluluskan.

Manakala sebanyak 76 buah RPT lagi gagal dilaksanakan kerana tidak ada pihak yang mahu melaksanakan kemudahan infrastruktur, setelah Kerajaan Negeri Perak memutuskan bahawa penyediaan infrastruktur adalah satu bebanan kepada kerajaan pimpinan TSR Marcos.

Manakala RPT yang berada dibawah pengawasan pihak berkuasa tempatan, mereka dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur seperti kemudahan bekalan air, elektrik dan telefon kepada peserta RPT.

Ini adalah bukti yang jelas bahawa Kerajaan tidak berniat untuk menyelesaikan masalah rakyat, sebaliknya hanya menjalankan projek yang memberikan keuntungan kepada kroninya sahaja.

Minda Rakyat
28 Mei, 1999