TIADA BIASISWA PELAJAR SEJAK 80'AN
Lembaga Biasiswa Kerajaan Negeri Perak sepatutnya ditukarkan kepada Lembaga Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Perak, semenjak ia menjalankan urusan pinjaman pelajaran lebih satu dekad lalu.
Kekeliruan nama LBKNP itu menyebabkan dorongan pelajar yang melanjutkan pengajian mereka ke IPTA memohon kemudahan 'biasiswa' yang tidak pernah ditawarkan lagi. Apabila permohonan diluluskan dengan syarat 2 orang penjamin Kumpulan A, maka ramai di kalangan pelajar dan keluarga pelajar terkejut kerana perkataan 'biasiswa' itu sebenarnya adalah pinjaman pendidikan.
Pertukaran prinsip kepada sistem pengkorpratan ini telah diagendakan oleh Pengerusi Lembaga Biasiswa Kerajaan Negeri Perak iaitulah TSR Marcos dalam sessi pengajian tahun 1984/85 lagi. Sebagai pemegang biasiswa Lembaga Biasiswa Kecil Anak Melayu Perak, TSR Marcos seharusnya menyedari bahawa tanpa pertolongan biasiswa itu dahulu, peluang beliau melanjutkan pelajarannya di England di awal tahun 70'an dahulu pun tidak akan kecapaian.
Sebaliknya apabila beliau menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri, dasar inilah antara yang pertama diubahnya yang menurut beliau ia juga adalah bebanan kepada Kerajaan Negeri. Anihnya, kemanakah hasil mahsyul Kerajaan negeri ini yang terkenal dengan industri timahnya, hinggakan gagal menunaikan tanggungjawab memberikan pendidikan kepada rakyat.
Minda Rakyat
28 Mei, 1999