PAS DISERU AMBILALIH MURID KAFA

Terdapat tidak kurang 99,556 orang murid Kelas Pengajian Agama Rakyat (KAFA) di Negeri Perak. Oleh kerana peluang yang terhad, maka ibubapa tidak ada pilihan melainkan mengantar anak mereka untuk mengaji dengan guru KAFA.

Dasar pendidikan KAFA pula sangat diragukan kerana tidak menekankan konsep aqidah yang sebenarnya, melainkan mengajar serba sedikit fardhu ain dan kelas tahfiz Quran peringkat rendah.

Kalangan ibubapa melahirkan rasa kebimbangan mereka dengan program aturan KAFA yang gagal membentuk generasi Islam tulen sepertimana kehendak ugama Islam itu sendiri. Kebimbangan mereka adalah kerana pada masa usia semuda ini anak-anak perlu dihindari dari pelajaran sekular yang merugikan bangsa dan tanah air.

Minda Rakyat
28 Mei, 1999