USAH BERKATA MENGIKUT NADA EMOSI SENDIRI

TV3 diminta supaya lebih demokratik dan jangan membuat sebarang andaian mengikut nafsu sendiri ekoran kegagalan krew syarikat media itu diberi kebenaran untuk membuat rakaman perasmian Muktamar Agung PAS Kali 45 hari ini.

Sejarah lalu mengajar bahawa TV3 lebih condong bersekongkol dengan pemerintah, dan bukan bertindak secara berpendirian bebas dalam mengenengahkan satu-satu isu. Rakyat menilai TV3 sebagai talibarut Kerajaan dan sering menyiarkan propaganda yang menyentuh hati sebilangan rakyat negara ini.

Atas dasar yang tidak demokratik ini, maka tidak hairanlah TV3 diboikot oleh PAS atau parti pembangkang yang lain, malahan rancangannya juga sering diboikot oleh sebilangan masyarakat majmuk Malaysia.

Minda Rakyat
28 Mei, 1999