Kenyataan Si Penakut Memang Berdalih-dalih
Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Tun Hussein bertindak sebagai seorang 'pengecut' dan dayus dalam menyahut cabaran debat UMNO-PAS.
Isu debat PAS-UMNO telah diperkatakan sejak sekian lama, tetapi apabila pada masa hendak melaksanakannya UMNO seringkali dilihat sebagai 'mengelak' dari debat apabila mengeluarkan berbagai dalih.
Hishamuddin berdalih kali ini dengan mendakwa bahawa sebenarnya PAS menghadapi kesulitan berikutan isu-isu tertentu yang membawa implikasi amat besar terhadap umat Melayu dan kedudukan agama Islam ekoran pakatannya dengan parti pembangkang lain.
Kepada Hishamuddin usahlah anda berdalih. Kata perbidalan, 'tak pandai menari dikatakan lantai berjongkang jongkit'. Jika benar anda 'anak jantan' sahut cabaran PAS kerana rakyat menunggu-nunggu sekian lama kejujuran anda bersemuka, bukan hanya berani di belakang.
Minda Rakyat
29 Mei, 1999