Tiada Negara Islam Selagi Perlembagaan Tidak Dimansuhkan

BERNAMA melaporkan DAP sebagai berkata bahawa tidak ada parti politik di negara ini boleh melaksanakan cadangan menubuhkan sebuah negara Islam sebagaimana perjuangan PAS selagi perlembagaan persekutuan tidak dipinda.

Oleh kerana sistem di Malaysia adalah berdasarkan perlembagaan persekutuan yang digubal sebagai demokrasi berparlimen. Ia mengatasi semua undang-undang yang ada di bumi Malaysia. Selagi ia tidak dipinda, tiada parti politik boleh menubuhkan negara Islam.

Kenyataan DAP itu dilihat sebagai suatu rangsangan kepada masyarakat Islam kerana parti itu sudah amat memahami mengapa Islam tidak boleh dilaksanakan oleh UMNO yang enggan mengubah perlembagaan yang berkaitan. Kefahaman ini menyenangkan perjuangan PAS bagi mencapai matlamatnya menubuhkan sebuah negara Islam yang berdaulah.

Perlembagaan boleh digubal apabila mendapat mandat majoriti dua pertiga di parlimen. Pemimpin Barisan Nasional memang telah diduga akan menimbulkan agenda negara Islam yang diperjuangkan PAS, manakala DAP "Malaysian Malaysia" untuk menakutkan pengundi.

Minda Rakyat
29 Mei, 1999