MRCB RUGI?
Dalam kenyataan berita semalam, MRCB mengumumkan syarikatnya kerugian lebih RM900 juta mengikut laporan separuh tahunnya yang berakhir Februari 1999.
Kekadang terasa cukup janggal menerima berita sebegini kerana dengan amalan kronisme pun syarikat masih juga boleh gagal. Umpamanya di Perak 2 projek mega yang sedang dilaksanakan olek anak syarikat MRCB, Teras Cemara Sdn. Bhd. dan Seri Iskandar Development Corporation (SIDEC) mengaut projek bernilai berbillion-billion ringgit.
Kenyataan rugi, memang kadangkala diada-adakan supaya dapat mengelak cukai yang bakal dikenakan terhadap sesebuah syarikat. Memandangkan kepantasan dan kecekapan mereka (MRCB) mengaut projek-projek mega yang ada di negara ini, khususnya negeri Perak, istilah MRCB patut dibaca sebagai 'Mahathir - Ramli Cekau Berbillion'.
Minda Rakyat
29 Mei, 1999