Mahathir Akan Berkempen di Tokyo Minggu Depan

Diktator Mahathir dijadualkan akan bertemu Timbalan Menteri Kewangan, Eisuke Sakakibara di Tokyo semasa lawatannya selama seminggu ke Jepun.

Perbincangan yang dirancang dengan 'Mr Yen' itu berkenaan dengan pasaran kewangan dijangkakan pada hari Rabu depan.

Diktator Mahathir juga sepatutnya bertemu dengan editor lapan buah organisasi media pada hari yang sama sepatutnya beliau menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Nihon Keizai Shimbun pada hari Khamis.

Diktator Mahathir akan meninggalkan Nagoya pada hari Sabtu. Sebelum kembali semula ke Tokyo dia dijadualkan melawat muzium kelolaan Toyota Motor Corporation dan akan melawat pelajar Malaysia yang menuntut di Pusat Pengajian di bandar ini.

Minda Rakyat
29 Mei, 1999