'41 Dalil Mengapa Rakyat Mesti Tolak BN' Dirampas

Dalam serbuan ke sebuah syarikat percetakan di Jitra, Kedah, polis merampas 1,217 naskhah majalah bertajuk '41 Dalil Mengapa Rakyat Mesti Tolak BN', lapor UM hari ini.

Jika buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' yang beredar di persekitaran rakyat dahulu tidak diharamkan atau diambil tindakan, malah ada pihak menghantarnya ke masjid-masjid untuk dihebahkan kepada semua, bererti wujudnya diskriminas terhadap golongan tertentu di negara ini sudah lama wujud.

Justeru itu pihak polis diseru mempraktikalkan budaya 'mesra' apabila berhadapan dengan para pengkritik politik tanahair dan keadilan hendaklah dilaksanakan kepada semua, bukan sesetengah golongan hingga melahirkan berbagai anggapan dan andaian terhadap kerjaya polis, seperti Siput Babi dan lain-lain.

Minda Rakyat
29 Mei, 1999