Kejujuran Kit Siang Perlu Dihormati
Lim Kit Siang hari ini berkata idea menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak pernah terlintas dalam fikirannya. Beliau berkata soal siapakah dari parti pembangkang yang akan menjadi Perdana Menteri hanya bersifat akademik.
Kejujuran Kit Siang perlu dihormati oleh semua pihak, terutama UMNO supaya jangan lagi memainkan sentimen yang melaga-lagakan antara sesama pembangkang. Kenyataan Lim amat jelas bahawa sehingga kini kerjasama yang dipupuk dalam Barisan Alternatif adalah untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya yang akan datang.
Soal siapa jadi PM akan ditentukan setelah kemenangan berada dalam tangan, bukan sekarang di mana kita perlu bersama-sama berusaha menjamin kemenangan.
Minda Rakyat
29 Mei, 1999