Penjajah Tidak Datang Jika Kita Tidak Mengundang
Kenyataan Diktator Mahathir yang mengatakan bahawa jika berlaku perpecahan di kalangan rakyat, kesempatan ini akan diambil oleh pihak ketiga untuk menguasai politik dan ekonomi negara, bercanggah dengan apa yang dilakukannya selama ini.
Kenyataan ini diulangi lagi semasa memberikan penerangan kepada para pelajar di Nagoya hari ini. Dalam kenyataannya Diktator Mahathir dipetik sebagai berkata: "Kalau mereka tak boleh pecahkan perpaduan orang Melayu, mereka tidak akan dapat menguasai politik dan ekonomi kita".
Sesungguhnya perkataan Mahathir itu adalah dusta belaka, kerana tanpa perpecahan perpaduan yang berlaku pun Mahathir sudah mengundang pihak ketiga menguasai ekonomi negara. Buktinya penerbitan bon yang baru dijual di AS minggu ini sebagai undangan pihak luar untuk mengaut keuntungan negara. Sedangkan parti pembangkang tidak melakukan sedemikian dan seringkali membantah perkara yang seumpama itu.
Perlantikan Penasihat Kewangan Solomon Smith Barney juga adalah atas undangan Mahathir. Sesungguhnya perkataan Mahathir kebanyakkannya hanyalah dusta kerana mahu memperlihatkan kesalahan orang lain, sedang yang melakukan perkara sedemikian adalah beliau sendiri.
Minda Rakyat
29 Mei, 1999