Undi Bumiputera Yang Menangkan Datuk Samy

Kemenangan Ahli Parlimen Sg. Siput, Datuk Seri Samy Vellu dalam pilihanraya umum yang lalu menjadi tandatanya apabila beliau menang majoriti melebihi 50 peratus (15,610 undi), sedangkan bilangan penduduk India cuma sekitar 20 peratus sahaja. Ramai pula dikalangan India tersebut kini tidak menyukai Datuk Samy.

Ini menunjukkan Datuk Samy menerima sokongan orang Melayu. Tinjauan mendapati Datuk Samy pergi kemana sahaja dalam kawasan Parlimennya sejak akhir-akhir ini untuk mengembalikan sokongan yang pernah diterimanya , termasuk ke sekolah-sekolah. Beliau akan meminta guru besar atau pengetua sekolah menjemputnya dalam apa jua majlis untuk kesempatan beliau berucap dan menyumbangkan peralatan seperti komputer untuk kegunaan sekolah.

Namun kaum India sendiri sudah mulai membenci Datuk Samy. Umpamanya kejadian menurunkan bendera Umno yang dikibarkan di sebuah rumah pekerja ladang di Changkat Salak, Sungai Siput (U), telah diturunkan oleh kakitangan pengurusan ladang itu.

Datuk Samy yang mengulas kejadian itu sebagai tindakan angkuh pihak pengurusan yang menurunkan bendera parti yang 'kununnya' disokong oleh pekerja ladang berkenaan dan menjadi kebanggaan mereka.

Beliau juga dilaporkan berkata akan membawa hal itu ke tengah kerana seorang anggota Umno di kawasan undi beliau telah membuat aduan mengenainya.

MR~30 Mei, 1999