Muktamar PAS Ke 45: Laporan Akhbar Mengelirukan

Utusan Malaysia dan beberapa akhbar harian yang menjadi alat media dan propaganda Kerajaan hari ini dikesan cuba mengelirukan rakyat dalam laporan mereka berhubung Muktamar PAS kali ini.

Laporan yang ditulis cuba menggambarkan seolah-olah dalam PAS wujudnya anti pemimpin peringkat tinggi (JKK Pas Pusat) oleh wakil-wakil yang menghadiri mukatamar kali ini. Minda Rakyat dimaklumkan oleh seorang sahabat yang baru pulang dari muktamar tersebut mengatakan bahawa laporan akhbar Kerajaan itu mengelirukan dan berniat jahat.

Minda Rakyat akan cuba membuat sedikit analisa dan laporan berhubung isu semasa yang dibangkitkan dalam muktamar PAS kali ini. InsyaAllah.

MR~30 Mei, 1999