Satu Manifesto Dalam Mencapai Kemenangan
Kerjasama PAS dalam Kerajaan Barisan Alternatif merupakan langkah bersama pembangkang-pembangkang bertekad mencapai kemenangan dalam pilihanraya akan datang. Mandat ini diberikan mandat oleh para perwakilan sebagai kesimpulan muktamar kali ini, asal sahaja ia tidak menggadaikan dasar perjuangan Islam.
Kerjasama itu termasuklah cadangan menggunakan satu menifesto pilihanraya bersama-sama parti-parti yang akan terbabit dalam kerjasama itu iaitu PAS, DAP, Parti KeADILan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Konsep Kerajaan Alternatif yang bakal ditubuhkan adalah berteraskan keadilan. Walau bagaimanapun mengenai cadangan supaya diwujudkan kabinet bayangan bagi gagasan itu tidak perlu dibuat sekarang.
Apa yang lebih penting ketika ini pembangkang harus terlebih dahulu membuat penilaian yang lebih terkini tentang perubahan sikap rakyat dan kesediaan mereka memilih parti alternatif.
Minda Rakyat
31 Mei, 1999