Dasar Kerajaan Membolehkan Golongan Tertentu Mengambil Kesempatan

Dasar kerajaan yang longgar memberikan kesempatan pihak tertentu 'meraih keuntungan' dan mencipta kekayaan hasil penindasan dan kezaliman terhadap rakyat. Perkara ini dinyatakan oleh seorang bekas Pentadbir yang pernah berkhidmat di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

Kekerapan kes yang dikesan berlaku di negeri Perak, hasil pemantauan yang longgar dari pegawai tertentu termasuk Menteri Besar sendiri, mengujudkan ruang 'mencipta kekayaan' hasil penindasan terhadap isu pemilikan dan penganugerahan milik tanah oleh Kerajaan Negeri.

Golongan yang dimaksudkan ialah para EXCO, Pengarah Tanah dan Galian sendiri, Pentadbir Tanah Daerah, Penolong Pentadbir Tanah Daerah, Pegawai Petempatan, UMNO dan beberapa kroni tertentu dan pihak kontraktor.

Kes yang dikesan belaku ialah dalam penyediaan infrastruktur rumah teres dan lot kampong tersusun. Mengikut sumber, kos bagi proses merata tanah, menimbus, mengkambus, penyediaan kemudahan bekalan air dan elektrik serta kos Indah Water adalah sekitar RM5,000 sahaja bagi satu lot.

Manakala penyediaan lot kampong tersusun pula adalah serendah RM3,000 bagi sau lot memandangkan ia tidak melibatkan kerja-kerja oleh Indah Water Konsortium (IWK). Fakta ini diberikan berdasarkan harga nilai tanah semasa.

Pada sekarang Kerajaan Negeri akan mengenakan harga sehingga RM15,000 bagi satu lot kampong tersusun yang dikendalikan oleh badan pengurusan tertentu, manakala RM22,000 - RM25,000 bagi satu lot perumahan yang dikendalikan oleh pihak swasta dan badan kerajaan seperti PKNP dan anak-anak syarikatnya. Kezaliman ini begitu berleluasa di bawah pemerintahan Kerajaan BN

MR~30 Mei, 1999