Kemanakah Kekayaan Negara Kita (siri 3)

Sektor perumahan memang menjanjikan pulangan lumayan kepada sesiapa sahaja yang melibatkan diri dalam industri ini. Samada perumahan itu lahir dari inisiatif pihak swasta atau pihak Kerajaan, pulangan yang dinikmati hampir sama. Hanya yang bernasib malang ialah pembeli rumah yang tertipu kerana membeli rumah sekali seumur hidup mereka.

Mari kita melihat fakta bahawa terdapatnya sebanyak 439 buah RPT (Rancangan Perkampongan Tersusun) Kerajaan Negeri. Purata pembahagian lot 80' X 50' (dahulu 90 X 60) dikenakan harga antara RM9,000 hingga RM15,000. Maka kita ambil harga paling minima iaitu RM9,000. Walau pun pernah berlaku di Perkampongan Bukit Jana Taiping jumlah iatu hanya RM8,000 pada sekitar nilaian tanah tahun 1986 atau 1987.

Jika kos bagi proses merata tanah, menimbus, mengkambus, penyediaan kemudahan bekalan air dan elektrik adalah sekitar RM3,000 sahaja bagi satu lot, maka 'kerugian' di pihak Kerajaan adalah sebanyak RM6,000 bag satu lot.

Daripada 439 buah RPT yang ada sebanyak 74,040 lot yang diwujudkan. Ini bermakna kerajaan telah kerugian 74,040 X RM6,000 = RM444,240,000.00. Wang ini telah jatuh ke tangan tertentu samada di antara para EXCO, Pengarah TPG, PPTD, Pegawai Petempatan, kroni, UMNO atau krontaktor. Jumlah ini mencukupi bagi Kerajaan mengadakan infrastruktur bagi semua RPT terbabit sebanyak RM145 juta sahaja. Kezaliman yang berikutnya di bawah pemerintahan Kerajaan BN.

MR~30 Mei, 1999