Seruan Penubuhan Panel Perunding Perlu Diberi Perhatian

Semasa perbahasan berlangsung dalam muktamar PAS yang lalu, isu yang dibangkitkan oleh Prof. Nasaruddin Mad Isa, selaku Pensyarah Undang-undang, Universiti Kebangsaa Malaysia perlu diberi perhatian oleh kepimpinan PAS.

Antara lain beliau menyentuh perlunya diwujudkan sebuah Panel Perunding bagi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina. Ini adalah untuk mengelakkan mereka dikelirukan oleh anasir yang tidak mahu Islam dilaksanakan di bumi Malaysia.

Panel ini hendaklah menyediakan forum perbincangan dan kefahaman kepada msyarakat Cina tentang satu-satu isu yang dibangkitkan oleh pihak lain dengan tujuan mengelirukan mereka.

Sambil membawa kepada pendekatan sejarah, beliau menekankan bahawa perkembangan Islam zaman silam mengambilkira perkara ini dengan melantik wazir-wazir dari kalangan dan kelompok kaum tersebut menyertai panel perundingan ini.

Pada masa sekarang, sesuatu isu yang dibangkitkan oleh pihak yang irihati dengan perkembangan Islam tidak ditangani secara teratur dan sistematik. Ini menyebabkan mereka terkeliru dan melihat Islam sebagai satu ancaman kepada kehidupan mereka. Jelas perkara ini sebagai sesuatu yang penting kepada kepimpinan PAS untuk segara bertindak mengujudkan Panel tersebut.

MR~1 Jun, 1999