Ancaman Kepada Perjuangan Islam Datang Dari Ketidakfahaman Islam
Melihat kepada realiti perkembangan Islam masakini dapat dilihat bahawa perjuangan menegakkan Islam di negara ini datangnya dari umat Islam yang tidak faham tentang Islam dan 'berkepentingan' tertentu, dengan membelakangkan hukum Allah dan kepentingan Islam.
Umpamanya soal permit yang ditarikbalik disaat-saat akhir merupakan agenda orang Islam yang irihati kepada perjuangan Islam terutama yang dibawa oleh PAS. Umat Islam ini melaung-laungan bahawa mereka 'kununnya' telah melaksanakan Islam hanya dengan menubuhkan Bank Islam, atau Insuran Islam tetapi sebaliknya melupakan soal dasar perlembagaan dan halatuju pemerintahan negara.
Halangan berupa penarikan permit ini dilihat sebagai 'taktik' kotor yang mahu menyanggah daripada Islam tersebar luas dan pengaruhnya perlu disekat dan diminimakan. Umpamanya pengakuan yang dibuat oleh pihak pengurusan Hotel Holiday Villa Alor Setar beberapa bulan lalu yang terpaksa menolak satu program PAS yang dijadualkan berlangsung, adalah kerana 'ugutan' yang diterima oleh pihak hotel daripada pihak MB Kedah.
Memandangkan kekuasaan terhadap penarikan lesen dan mungkin boikot yang berpanjangan oleh pihak Kerajaan Negerei Kedah, maka pihak pengurusan hotel terpaksa mengalah dan meminggirkan program PAS yang dipersetujui pada awalnya dijalankan di hotel tersebut.
Ini adalah antara mengapa PAS sering mengadakan majlisnya secara terpinggir. Kejadian awal bulan April lalu hingga menyebabkan PAS terpaksa mengubah lokasi ceramahnya daripada Stadium Darul Aman ke perkampongan sawah juga adalah strategi yang sama oleh pihak yang mengaku menegakkan Islam tetapi penuh dengan kepura-puraan.
Lokasi perhimpunan muktamar PAS yang lalu juga pernah dibangkitkan oleh perwakilan sebagai 'tidak sesuai' lagi dengan kehadiran para peserta dengan jumlah yang berlipat ganda dan mengkagumkan.
Sesungguhnya perkembangan Islam di Malaysia dilihat pertentangan yang jelas datangnya dari pihak Kerajaan yang memerintah. Sebaliknya hampir setiap program PAS menerima kunjungan bukan Islam yang merupakan sesuatu yang amat ditakuti oleh Kerajaan hari ini.
MR~1 Jun, 1999