JANGAN DISANGKA, AIR YANG TENANG TIADA BUAYA!!!

Bertemu kita lagi di halaman ini. Saya sekali lagi akan membawakan pandangan saudara/ri para netters kepada kenyataan yang sering menjadi tanda tanya kepada kita semua, bagaimana caranya rompakan wang negara itu berlaku dan kesempatan yang diambil terhadap kuasa pemimpin yang ada.

Jika di dalam dunia internet itu (maaf saya tak pandai) kita mengenali 'proxy' iaitu perantaraan yang membolehkan kita berhubung dengan pihak kedua menggunakan pihak ketiga. Salah seorang proxy Tan Sri Ramli ialah seorang guru yang kini baru sahaja menamatkan kerjayanya selama 23 tahun di Sekolah Menengah Poi Lam, Ipoh. Beliau yang saya maksudkan ialah ABDDULLAH @ MOHD NAZRI B. HJ ABD RAHM. Menurut yang saya ketahui, beliau lebih mesra dipanggil 'cikgu Nazri'.

Jika tidak salah saya cikgu Nazri adalah anak kelahiran Kg. Pinang, Taiping. Beliau mula mengajar kira-kira 26 tahun lalu di sebuah sekolah rendah di Batu Gajah, Perak. Beliau berkecimpung dalam arena politik sudah sekian lama. Pernah berganding bahu membantu En. Yusuf Kassim memenangi beberapa jawatan dalam UMNO. Kini En. Yusuf Kassim adalah Ketua Bahagian Kinta.

Cikgu Nazri seorang yang jujur dan 'low profile'. Apa yang saya ketahui kejujurannya itu cukup mengkagumkan. Jika pesanan diterima daripada TSR yang meminta beliau menemui seseorang dan meminta 'ambilkan' sesuatu maka beliau akan menurut perintah dengan tidak pernah membuka apa sahaja yang ingin anda semua ketahui.

Pertama kali saya bertemu dengannya saya tidak menyangka beliau seorang guru. Berkasut selipar dan t-shirt biasa yang tidak pernah melabangkan beliau seorang yang mempunyai 'wang'. Pada kebiasaanya cikgu Nazri akan diperkenalkan oleh orang tertentu, jika mereka berhajat untuk berjumpa dengan TSR bagi merundingkan sesuatu permohonan samada konsesi balak, permohonan tanah dan lain-lain projek mega yang memerluka kelulusan exco negeri.

Cikgu Nazri amat berhati-hati dalam tingkahlaku dan gerak geri. Ini kerana beliau tidak boleh terlibat terlalu jauh dalam arena politik kerana perkara ini tidak digemari oleh 'bossnya'. Tugas beliau hanyalah perantaraan di antara para 'korporat' dengan TSR.

Berkat ketabahan selama menjadi proxy kepada TSR, cikgu Nazri sudah dihadiahkan sebuah banglo sederhana mewah yang terletak di Taman Gunung Rapat, Ipoh. Cikgu Nazri yang baru bersara pada awal bulan ini memiliki 5 kereta untuk kegunaan beliau. Namun bukanlah semuanya kereta mewah. Paparan saya adalah untuk memberitahu para 'netters' bahawa jangan disangka semua berita internet adalah palsu. Kita tahu bahawa perkara sesulit ini tak pernah dan tak akan disiarkan oleh mana-mana media dan akhbar dalam negara ini. Sedarilah bahawa penyelewengan oleh Barisan Nasional selama memerintah 41 tahun merugikan bangsa sendiri. Saya tidah tahan lagi dengan pelbagai kerenah mereka dan meletakkan jawatan apabila dicabar sendiri oleh TSR suatu ketika dulu!!!

BEKAS AJK UMNO NEGERI PERAK