ISU BUKU SHIT@PU**MAK
Kalaupun SHIT itu ingin diklasifikasikan sebagai lucah maka tentunya buku 50 Dalil juga boleh diklasifikasikan sebagai lucah juga.
Sebenarnya rakyat kita biasa dengan istilah lucah. Walaupun ada yang mengatakan bahawa didalam keluarga mereka tidak pernah mengucapkan kalimah lucah, akan tetapi pada pendapat saya, mereka-mereka ini sebenarnya adalah hipokrit. Jika mereka tidak pernah mengucapkan istilah lucah, bagaimana pula mereka tahu itu adalah kalimah lucah? Persoalannya sekarang bukannya mengenai adanya banyak istilah lucah yang terdapat didalam sebuah novel (mungkin diharamkan) ataupun tidak.
Kalaupun kita ingin mengelaskan novel tersebut sebagai lucah, maka perlulah kita tidak melakukan 'double standard' terhadap menangani isu ini. Manakah lebih berbahaya kepada remaja bawah umur ataupun atas umur, Majalah Mangga keluaran Utusan Malaysia Sdn Bhd (banyak foto 18 SG/SX/PL) ataupun NOvel SHIT (banyak perkataan lucah). Sudah tentu pada fikiran yang waras ini majalah Mangga akan lebih berbahaya. Sebab gambar akan memudahkan seseorang itu terpengaruh (senantiasa terbayang dimata perlakuan lucah ARTIS), akan tetapi berapakah kesannya jika mereka membaca penulisan lucah (kalaupun diklasifikasikan lucah).
Adakah pihak KDN ataupun pak-pak Menteri (BN) tidak sedar akan ke'merbahaya'an Majalah Mangga berbanding dengan SHIT. Apa yang pasti ialah hanya orang yang waras sahaja akan dapat membandingkannya. Bukannya tujuan saya untuk menambahkan sentimen rakyat terhadap isu yang remeh temeh ini, akan tetapi jika mereka (KDN dan Menteri BN) masih lagi buta terhadap masalah ini maka perlulah mereka melakukan pemeriksaan mata. KDN perlulah bersikap terbuka.
Menteri-menteri BN perlulah jangan cepat melenting. Kalaupun SHIT itu ingin diklasifikasikan sebagai lucah maka tentunya buku 50 Dalil juga boleh diklasifikasikan sebagai lucah juga.
Sasterawan Negara Dato' Abdullah pula perlulah berfikiran matang dan rasional. Cubalah Dato' ambil Majalah Mangga dan membacanya. Saya rasa Dato' pastinya tidak akan lansung membacanya terutamanya dikulit Majalah tersebut telah memaparkan aksi lucah dan separa lucah. Saya rasa Dato' perlulah menunjukkan sikap rasional dan matang. Apatah lagi Dato' telah dianugerahkan sebagai Sasterawan Negara. Walaupun saya tidak mendapat anugerah setinggi Dato' akan tetapi saya adalah seorang yang berfikiran terbuka dan matang. Malah saya rasa saya lebih wajar mendapat 'title' Sasterawan Negara jika dibandingkan dengan Dato' berdasarkan pendapat Dato' mengenai novel SHIT.
Akhir sekali saya harap pembaca semua dapat membaca dahulu novel tersebut dan kemudiannya menilaikan buku tersebut dari sudul akademik dan sosial. Perlulah sesiapa yang ingin memperdebatkan isu buku ini di meja perdebatan mempunyai akal yang waras dan rasional.
Ruangan Debat Siber di (http://disc.server.com/Indices/53202.html)
Salam Perdebatan Dari
Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS)
http://members.xoom.com/ketuaperusuh