BAHASA LUCAH - SIAPA YANG MEMULAKAN?
Sejak bilakah orang awam di Malaysia diajar bahasa lucah?
Seorang penulis dalam sebuah artikel di laman-laman REFORMASI mengatakan bahawa majalah "Mangga" keluaran Utusan Melayu S/B adalah sebuah majalah lucah. Baik dari bahasa mahupun gambar-gambar yang dihiasi dalam majalah tersebut.
https://members.tripod.com/~mahazalimtwo/gtg2.html
http://members.xoom.com/r4mac/27April
Saya turut bersetuju dengan beliau malah sebelum itu, saya teringat di zaman persekolahan dulu, beberapa rakan saya yang suka membaca majalah keluaran Utusan Melayu juga (kalau tak silap UFF – Utusan Fesyen dan Filem) banyak mempunyai cerita-cerita pendek di dalamnya sekitar perhubungan lelaki dengan perempuan. Termasuk juga kadang-kadang babak ranjang pun diceritakan.
Kemudian, di dalam Mingguan Malaysia turut dimuatkan rencana dan cerita-cerita pendek sekitar topik yang sama (saya tak ingat sangat tajuk rencana – sebab saya sudah bertahun-tahun tidak baca Mingguan dan Utusan Malaysia – antaranya kerana terlalu banyak gosip dan fitnah tentang artis).
Ada dua-tiga rencana tiap-tiap minggu di bahagian tengah akhbar tersebut yang menceritakan sekitar topik-topik yang lucah.
Bukankah semua itu berbentuk lucah? Dan bukankah ianya disebar dengan meluas oleh media kerajaan?
Lagi pun, sehari selepas pemecatan DSAI, seluruh media kerajaan, RTM, TV3, Utusan, Berita, NSTP, dll – semuanya memuatkan laporan-laporan "explicit" yang "detail" sehinggakan perkataan seperti dxxxx, zxxxx, axx mxxx dan beberapa lagi yang saya sendiri segan hendak sebut disiarkan di awal berita utama atau muka depan akhbar.
Bukankah semasa perbicaraan DSAI katil diusung berkali-kali? Bukankah perkataan-perkataan kotor dan lucah tadi diulang lagi berkali-kali?
Anak-anak remaja saya membaca dan mendengar berita dan cerita itu pun menjadi malu. Kalau dulu, kanak-kanak kecil tidak pernah dengar perkataan-perkataan lucah seperti itu sudah pun dedahkan oleh media kerajaan secara terang-terangan.
Mengapa pula ahli-ahli politik dan tokoh-tokoh sasterawan yang "ampu-sini wa ampu sana" sebelum ini diam membisu apabila didedahkan dengan bahasa-bahasa lucah oleh tokoh konspirasi termasuk Mahathir sendiri dan disogokkan melalui pelbagai bentuk media untuk tempoh yang berhari-hari – sampai hendak muntah didengar?
Sebagai penutup, saya ingin bawa ingatan saudara kepada perkataan yang Mahathir sendiri ucapkan di khalayak ramai dan disiarkan berkali-kali dalam TV ketika cuba menghina DSAI. Ingatkah apa perkataan itu? Mahathir sebut "masturbation" iaitu melancap. Maafkan saya. Saya yang hendak taip ini pun berat rasa nak sebut.
Ibrahim Baba (IB)
27 April 1999