KENAPA SALAHKAN PENULIS INTERNET?

Saya sebenarnya hairan apabila banyak pihak yang mengatakan behawa semua penulis yang memberikan komentar mereka melalui media internet adalah penulis upahan ataupun penyebar fitnah.

Saya adalah salah seorang daripada penulis regular yang selalu memberikan komentar saya atas beberapa isu. Persoalan kenapa ramai penulis internet yang menggunakan nama samaran banyakdikemukakan oleh pelbagai pihak. Tandatanya yang paling utama ialah kenapakah para penulis internet ini menggunakan nama samaran.

Soalan saya kepada semua. Adakah institusi intelik di Malaysia telus? Adakah kebebasan mengeluarkan pendapat ujud di Malaysia? Adakah keselamatan penulis dijamin oleh undang-undang Malaysia sekiranya apa yang dinyatakan oleh penulis tersebut adalah benar akan tetapi cuba dilindungi oleh sesetengah pihak? Dapatkan sesiapa menjamin kebebasan bersuara?

Walaupun saya (kami) sebagai penulis internet, akan tetapi kami masih lagi dilingkungi oleh etika penulisan yang 'standard'. Kami akan menulis sesuatu itu apabila kami dapat fakta-fakta yang kukuh. Apabila sesuatu isu ujud seperti contoh isu novel Sasterawan Negara Dato' Shahnon Ahmad, maka saya (kami) akan menilaikan isu tersebut berdasarkan rasional dan tidak dipengaruhi oleh emosi.

Jika pihak kerajaan (melalui penulis media cetak dan elektronik) mengatakan kami tidak berani untuk memperkenalkan diri kami, maka sewajarnya pihak kerajaan pula mestilah menyuruh Awang Selamat, Astora Jabat dan ramai lagi memperkenalkan diri mereka secara realiti. Didalam mana-mana negara akan terdapat sekumpulan manusia yang kritis terhadap sesuatu. Akan tetapi mereka ini ditekan oleh institusi yang ada. Kita semua perlulah melihat dari sudut pemikiran yang terbuka dimana ada sekumpulan orang yang sewajarnya melakukan kritis terhadap penyelewangan sesuatu institusi. Jika tiada siapa yang ingin memberikan ide kritis, mungkin sesuatu institusi akan mengalami budaya 'we're the superior'.

Kritis atau tidak penulis internet ini adalah bergantung kepada isu yang dibangkitkan ataupun fakta yang dikemukakan. Bukanlah tujuan saya menulis ini untuk menegakkan benang yang basah, kana tetapi tujuan utama penulisan saya ini adalah untuk memberikan komentar saya terhadap isu 'penulis internet penyebar fitnah'.

Sekarang ini kita dapati ramai penulis upahan dimana-mana sahaja. Sebagai contoh penulis upahan yang terkemuka ialah En Yahaya Ismail. Dia menulis dalam bukunya (40 Dalil Kenapa PM Patut Letak Jawatan) dengan menggunakan satu tajuk yang sudah 'top' pada masa itu.

Yahaya Ismail ini seakan 'opportunis' kerana tidak pandai menggunakan isu. Dia memerangkap pembaca untuk membeli buku tulisannya yang layak digelar (40 Dalil Kenapa PM Patut Pegang Jawatannya). Inilah satu contoh penulis upahan. Dimanakah dia meletakkan harga dirinya ketika menulis buku tersebut. Tidakkah dia mempunyai etika diri yang murni. Seorang lagi penulis upahan yang sengaja memainkan isu agama ialah En Astora Jabat. Bukannya tujuan saya untuk memandang rendah akan diri Astora Jabat ini, akan tetapi saya masih ingat lagi pesan seorang Ustaz kepada saya (Ustaz Tarmizi Abdul Rahman) yang mana memberikan peringatan kepada saya bahawa 'Janganlah kamu memberikan komen mengenai isu agama jika pengetahuan kamu mengenainya adalah rendah, adalah selayaknya jika kamu memberikan komen mengenai sesuatu isu agama atau isu ulama maka perlulah kamu setanding keilmuan dengan ulama tersebut'.

Oleh yang demikian saya sebagai penulis internet senantiasa akan memberikan komentar saya yang bernas dan berkualiti serta rasional. perlulah diingatkan bahawa kami penulis internet juga mempunyai karisma kami sendiri. Kami juga mempunyai etika penulisan yang baik malah mungkin lebih baik dari mana-mana penulis yang menulis didalam mana-mana akhbar (NST, BH, UM, STAR dan lain-lain lagi).

Bukannya tujuan saya untuk membanding-bandingkan status kepenulisan seseorang penulis itu akan tetapi 'we know who are we'. Kami akan terus menulis di internet biarpun risiko ditangkap kerana membongkarkan penyelewangan dipelbagai pihak adalah tinggi. Kami sanggup menggadai nyawa kami kerana kami percaya kepada apa yang kami tulis. Kami bukannya manusia hipokrit yang tahu mengkritik orang lain tetapi tidak mahu kritis tentang diri kami sendiri.

Kami senantiasa hormat kepada kritikan orang lain. Akhir sekali perlulah diingatkan bahawa kami juga mempunyai etika yang tinggi.

Salam Kewartawanan Dari

Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS)

http://members.xoom.com/ketuaperusuh

Komen:

Penulisan kami bukan untuk mengampu mana-mana pihak. Atas sifat kebenaran dan keadilan, maka tanpa diupah kami akan terus menulis mengenai penyelewengan yang berlaku. Sesungguhnya penyelewengan hak rakyat merupakan kezaliman yang berpanjangan selagi tidak dibanteras walau dengan apa cara jua. Kami juga tidak mengharapkan pangkat, atau darjat jika usaha itu dihargai oleh rakyat atau mana-mana pihak. Hanya kami mengharap keredhoan Allah S.W.T dan mudah-mudahan kami akan menerima perlindungannya di dunia dan diakhirat.

Polong Saiber