APALAH BANGGANYA JADI AHLI UMNO!

Pertemuan saya dengan seorang teman lama 'orang kuat' UMNO hari itu sungguh menambahkan kebingungan saya. Namun beberapa patah kata-kata yang keluar dari mulut teman saya itu cukup meyakinkan bahawa gambaran sebenar berlaku dalam UMNO yang 'kununnya' gah di mata, tapi 'abuk pun tarak'.

Teman yang saya maksudkan ialah Tuan Haji Baharom b. Uda Mat Jali. Beliau adalah Ketua Cawangan UMNO Kg. Pisang, Batu Gajah, Perak. Cawangan ini duduk dalam UMNO Bahagian Kinta yang diketuai oleh YB Yusuff Kassim. Selain Ketua Cawangan, Hj. Baharum adalah juga exco Bahagian Kinta.

"Saya telah berjuang dalam UMNO sejak dulu lagi", ujar Hj. Baharum. Beliau menambah telah menikmati 'faedahnya' hingga sekarang beliau adalah antara korporat bumiputera yang berjaya dan masih 'maintance' apa yang beliau miliki.

"Perjuangan UMNO sekarang tak macam dulu, sudah jauh berubah!", tegas Hj. Baharum. Beliau menceritakan kepada saya, dalam UMNO sendiri memang wujud puak-puak yang memihak team 'A' atau team 'B'. Walau pun beliau tidak menjejaki setengah pemimpin UMNO yang lain melompat parti dan menyertai reformasi, beliau nampak sungguh kecewa dengan perjuangan politik pimpinan sekarang.

"Jika kita bukan team mereka, kita akan di'pancung'!!". Begitu luahan teman saya itu yang mengaku beliau tetap ahli UMNO.

Namun jika inilah perjuangan UMNO hari ini, apalah bangganya untuk kita mengistiharkan diri kita masih UMNO. Nyata UMNO bukan berjuang membela nasib orang Melayu tapi kroni-kroni mereka sahaja.

Mr. Canggih
28 April, 1999