MAHATHIR OH MAHATHIR!!

Semalam (1 Mei, 1999) saya sempat melihat sebentar siaran secara langsung Hiwar Islam yang dipancarka terus menerus dari Kubang Pasu, Kedah. Saya tidak terkejut apabila mendapati salah seorang daripada penceramah malam itu ialah Hj. Mahathir Mohamad. Mungkin inilah masanya setelah beliau kembali dari Mekah beliau cuba mendampingkan diri dengan ugama, getus hati saya.

Tetapi saya rasa hampa bila mendapati Ustaz Mahathir Mohamad berhujah berlandaskan hukum lojika dan akal semata. Tiada satu hadis atau ayat suci al-Quran yang beliau jadikan asas penghujahannya. Amat risau saya mendengar beliau menyebut surah Al-Baqorah dalam kata-katanya kerana saya pernah mendengar seorang pemimpin negeri menyebut peristiwa yang berlaku dalam sejarah qorban ialah nabi Ibrahim menyembelih anaknya nabi Isa (???).

Inilah hakikatnya barisan pemimpin UMNO. Sudahlah mereka itu tidak tahu (?) dalam hukum ugama, mereka mahu menunjuk seolah-olah mereka pandai dan boleh tandingi Tuan Guru Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain. Kehidupan mereka 'sesat' dan kini mereka berdiri di atas pentas untuk 'menyesat'kan orang lain. Kenapa saya katakan begitu tentu anda faham.

Saya nak petik satu sahaja komen Mahathir yang sudah bertahun-tahun beliau mempropagandakan kenyataan ini. Agama tidak boleh dicampur adukkan dengan politik. Agama tetap agama. Politik tetap politik. Mana mungkin keduanya boleh disatukan. Ini propaganda UMNO dan barisan pemimpinnya menjelang pilihanraya.

Sudah sembilan kali pilihanraya berlangsung. Mungkin 9 kali itu propaganda tadi cukup menyentuh hati umat Islam. Ada yang termakan dan ada yang cuba menafikan. Selain itu perpaduan juga jadi agenda UMNO bila menjelang pilihanraya. Saya katakan kepada UMNO dan barisan pemimpinnya bahawa sentuhan anda kali ini tidak akan menjadi, insyaAllah. Rakyat sudah kenal erti kebenaran. Atas kehendak Allah juga mereka menolak fahaman sekularisme yang mengatakan bahawa politik itu politik, ugama itu ugama. Dalam peristiwa hijrah Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Mekah ke Madinah salah satunya ialah untuk Muhammad melaksanakan Islam itu secara keseluruhannya, kerana di Madinah terlalu banyak penentangannya.

Perlaksanaan Islam secara keseluruhan ialah bagaimana sistem Islam ditegakkan keseluruhannya, bukan sekadar sembahyang, puasa, zakat, haji, bersunat, nikah kahwin, fasakh, talak, ruju' dan lain-lainnya. Tetapi perlaksanaan Islam mesti merangkumi seluruh bidang kehidupan sosialnya, undang-undangnya, hukum hakamnya, politiknya, pemerintahannya dan sebagainya itu berlandaskan hukum Allah. Jika UMNO katakan bahawa mereka telah laksanakan Islam, saya katakan UMNO berdusta.

Pemimpin UMNO terus terusan berdusta. Haji Mahathir sekembalinya dari Mekah membawa fitnah baru iaitu seorang bekas pemimpin (tidak beliau nyatakan nama) meberikan kroninya RM230 juta hingga kroninya itu hidup senang lenang di luar negara. Tetapi kroninya juga tidak dinamakan. Inilah fitnah. Hidup Mahathir bergelumang dengan fitnah. Sesungguhnya darah Mahathir adalah halal (untuk dikorbankan). Fitnah itu lebih kejam dari pembunuhan. Haji Mahthir bukan bertaubat sekembalinya dari Mekal tetapi beliau buang tebiat.

Saya ingin bertanya kepada anda para netters apakah anda percaya fitnah Mahathir kali ini? Tidakkah anda ingat kenyataannya suatu masa dulu, "saya juga tak percaya pada mulanya. Tetapi apabila diterangkan kepada saya bukti, saya pun percaya". Mahathir adalah sebesar besar pendusta. Mahathir ada sebesar-besar pemfitnah. Mahathir penuh korupsi, kuku besi dan diktator tua murahan akhlaknya.

Justeru itu saya menyeru kepada anda sekelian kaum muslimin dan muslimat, marilah kita sekat kezaliman yang berleluasa ini. Tindakan kita bukan membawa pedang atau senapang. Kita hanya perlukan pena yang tajam untuk memangkah 'bulan' pada pilihanraya kali ini. Anda juga tidak akan mampu untuk mencegah kemungkaran seorang diri. Jadi sertai jemaah. Semoga dengan kerjasama dan sepakatan yang kita wujudkan, UMNO dan Barisan Nasional dapat kita tumbangkan.

Mr. Canggih