KERANA 'KRONI'KAH ZAHID TERPINGGIR???
Ramai yang mengetahui perselisihan yang berlaku berhubung dengan isu 'kroni' yang pernah diperbahaskan dengan hebat dalam Persidangan Agung UMNO Tahun 1995 yang lalu.
Zahid sebagai pencetus kebuntuan dengan berani mendedahkan wujudnya kronisme dan nepotisme dalam Kerajaan pmpinan UMNO yang jelas memihak kepada satu golongan sahaja. Keberanian Zahid seharusnya mendapat pujian dari semua pihak dan rakyat negara ini.
Bagi Diktator Mahathir yang terpanggil kerana telah termakan 'lada' Zahid, cuba menegakkan benang basahnya dan isu ini akhirnya mencetuskan pergolakan dalam UMNO antara team'A' dan team 'B'. Bagi Zahid sendiri, isu 'kroni' menjadi satu igauan buruk yang menentukan masa depan politiknya yang dikatakan berada diambang kegelapan bersama UMNO.
Pertentangan team A dan team B akhirnya tidak dapat disembunyikan hingga akhirnya cubaan menggulingkan Presiden UMNO secara demokrasi dianggap sebagai penderhakaan dan petualang parti.
Namun perbicaraan saya kali ini tidak melihat skop yang sering dibicarakan ini. Hanya satu persoalan yang sering saya fikirkan apakah hanya perkataan 'kroni' yang didedahkan Zahid mesti dipinggirkan?
Bandar Baru Pengkalan Kubur adalah sebuah projek mega anjuran Kerajaan PAS Kelantan dalam menuju wawasan masa depan cemerlang. Di sini akan terbentuk sebuah bandaraya kembar 'Putra Jaya' yang bercirikan Islam sebagai tamadun dan warisan budaya yang mesti dipertahankan dalam apa jua pembangunan yang bakal dilaksanakan.
Maklumat yang saya ketahui perbelanjaannya memakan peruntukan lebih RM2 billion dan Kertam Holdings menunjukkan reaksi dan minat dalam menerajui pembangunan bandaraya baru ini.
'Kununnya' Zahid (pemilik Kertam Holdings) meminta pertolongan DSAI ketika itu Menteri Kewangan dalam memberikan sokongan dan jaminan pinjaman dana yang akan dibawa masuk dari luar negara.
Halangan birokrasi telah menyebabkan hasratnya itu tidak kecapaian. Mungkin dendam yang masih tersemat didada hingga akhirnya perkara itu diluahkan seolah-olah semacam ada perkara yang membungkam di hati Zahid semasa berlangsungnya persidangan Agung UMNO tahun berkenaan.
Perspektif yang saya lihat jika hanya isu kroni seperti yang dibangkitkan itu, Zahid tidaklah sepinggir ini nasibnya. Dan DSAI juga tidaklah seburuk ini hinaannya. Hasrat Zahid mungkin dihidu oleh Diktator Presiden yang semacam bulat tekad dan komprominya mahu menjayakan Bandar Baru Pengkalan Kubur.
Di sisi Mahathir hanya UMNO sahaja yang boleh membuka mata rakyat dengan seribu agenda pembangunannya. Dalam masa yang sama mana mungkin memberi 'izin' kepada lawannya mencabar kewibawaan yang ditonjol sekian lama.
Jika Bandar Baru Pengkalan Kubur menjadi kenyataan, akan terserlahlah dimata rakyat bahawa, kerajaan Islam juga tidak mengenepikan pembangunan duniawi dan dengan itu maka tamatlah keagungan UMNO yang sekian lama mendabik dada peneraju arus pembangunan negara.
Akhirnya kepada saya Zahid dipinggirkan ada kaitannya dengan projek mega Tuan Guru Nik Aziz tersebut. Bukan semata beliau dihina jika hanya bersuara mengenai 'kroni' sahaja.
BEKAS AJK UMNO PERAK
8 Mei, 1999