MENGAPA MAHU BELANJA CEPAT-CEPAT?
Mengapa Mahathir mengarah peruntukkan kerajaan sebanyak RM17.361 bilion untuk tujuan pembangunan pada tahun ini, dibelanjakan dengan cepat? Petikan dari akhbar tempatan (8 Mei 1999): "Sepatutnya, kata beliau (Mahathir) sebahagian besar peruntukan itu mesti dibelanjakan dalam tempoh separuh pertama tahun itu ...."
Ini bermakna dalam masa dua bulan ini (Mei dan Jun), sebahagian besar (mesti lebih dari separuh) wang RM17.3 billion mesti digunakan. Kalau separuh, ini bermakna sudah RM8.7 billion - dalam masa dua bulan!!!!
Saya rasa saudara mungkin telah membaca serta mendengar beberapa ramalan berhubung tarikh pilihanraya umum. Kebanyakkannya mengatakan mesti sebelum September. Dalam artikel saya sebelum ini, saya menyebut kemungkinan tarikhnya ialah akhir bulan Jun. Dan kalau pun terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu, Allah sahaja yang Maha Mengetahui samada ianya akan diadakan pada Julai atau Ogos – tidak lewat dari itu.
Rujuk:
https://members.tripod.com/~mahazalimx/kar7.html
http://members.xoom.com/r4mac/7mei.htm
http://www.geocities.com/Pentagon/Bunker/1711/bahan2025.html
dan beberapa laman lain (maaf kerana saya tidak ingat URL laman-laman lain)
Disamping sebab-sebab yang telah saya kemukakan tempoh hari, ianya dikuatkan lagi dengan arahan Mahathir terbaru supaya peruntukan pembangunan 1999 dihabiskan sebelum Julai. Apakah rahsia disebalik arahan tersebut?
Telah diketahui umum bahawa jentera parti BN/UMNO amat memerlukan belanja yang besar untuk pilihanraya umum kali ini. Ada yang membuat jangkaan RM800 yang disebut oleh Mahathir kepada Wan Azizah dulu sebagai anggaran yang Mahathir sedang fikirkan pada masa itu. Setelah membelanjakan lebih RM200 juta di Sabah, tabung untuk kempen yang masih tinggal amatlah sedikit dan mereka perlukan suntikan dana yang baru.
Maka termaklumlah kepada orang-ramai misi "haji" rombongan Mahathir sebenarnya ialah untuk perancangan mengumpul dana untuk kempen tersebut. Pengajaran yang Allah Azzawajalla tunjukkan kepada kita amat jelas – namun bagi orang-orang yang Allah telah tutup pintu hatinya mereka tetap di dalam kegelapan.
Dengan membelanjakan sebanyak mungkin peruntukan pembangunan untuk tahun ini sebelum pilihanraya, BN dapat mencapai dua matlamat.
Pertama, BN dapat menggunakan untuk melaksanakan berbagai projek sebagai modal untuk kempen dan propoganda pilihanraya mereka. Sekiranya sesetengah projek itu terbengkalai dan janji mereka tidak diteruskan selepas pilihanraya, namun rakyat sudah terbeli/tertipu semasa kempen tersebut dengan undian yang mereka bakal perolehi. Itu sahaja yang mereka mahu dari pengundi – UNDI.
Matlamat kedua, dan yang lebih penting ialah, dengan menawarkan projek-projek tersebut kepada pihak-pihak tertentu/terpilih mereka akan mendapat habuan sebahagian dari kos projek tersebut yang mana akan dihadiahkan kembali kepada orang-orang tertentu untuk dana kempen. Lazimnya, mereka yang meluluskan (atau melobi) projek akan meminta apa yang disebut sebagai "UP-FRONT MONEY" (wang bayaran pendahuluan) daripada kontraktor atau syarikat yang mendapat projek.
Kaedahnya ialah kerajaan akan membayar beberapa peratus dari kontrak yang ditawarkan kepada syarikat yang boleh mereka percayai sebagai "mobilisation fee" (wang pendahuluan). Sejumlah besar dari wang pendahuluan ini adalah sebagai "UP FRONT Payment" kepada orang-orang tertentu yang telah diamanahkan untuk mengumpul wang bagi dana piliharaya.
Orang-orang ini mungkin tidak bergerak secara terkumpul dan bersepadu. Contoh, Drs. Suleiman akan melobi syarikat-syarikat yang telah bersetuju untuk membantu menyalurkan sebahagian wang pendahuluan/mobilisation fee sebagai "upfront payment" kepada beliau atau orang beliau. Dana tersebut untuk beliau gunakkan bagi kawasan-kawasan di bawah jagaan beliau.
Menteri lain, sebagai contoh, Pak Lah pun ada orang-orangnya untuk projek lain melalui syarikat-syarkat yang lain pula. Jadi masing-masing mempunyai kaki yang melobi syarikat supaya berkerjasama dengan Pak Menteri tersebut dan juga dengan memilih projek-projek di bawah ruangkuasa mereka.
Dan jika dilihat dari jumlah wang yang mesti dibelanjakan pada tahun ini, RM17.3 billion, adalah suatu jumlah yang besar untuk dibuat secara tergesa-gesa. Tergesa-gesa memilih syarikat kroni tanpa banyak selidik.
Tergesa-gesa tanpa menyiasat kemampuan syarikat. Tergesa-gesa supaya mudah mendapat sumber dana untuk kempen pilihanraya.
Cukuplah sudah dengan masalah kompleks PULAREK yang siap tetapi tidak boleh diguna untuk Kementerian Pertahanan. Wang untuk orang tengah sudah dibayar.
Adakah sekarang Menteri terbabit ingin menyembunyi tangan dan hendak menuduh Laksamana sebagai ancaman untuk tidak berani bersuara menyokong REFORMASI?
Akhir kata, hendaklah kita sentiasa beringat dan waspada dengan segala gerak geri dan tipu muslihat yang dirancang dengan teliti oleh BN/UMNO. Jangan mudah terpedaya dengan helah yang dibisikan melalui pelbagai kempen dan berita yang dimainkan oleh mereka.
Ibrahim Baba (IB)
10 Mei 1999