POLIS SEDIA BERTINDAK MENANGKAP JIKA ANDA REFORMIS SIBER

Pihak polis sekali lagi telah menceroboh 'privacy' pengguna internet dengan cara cuba mendapatkan maklumat mengenai mana-mana pengguna internet yang didapati kerap menggunakan internet. Pada bulan lepas PM telah mengatakan bahawa kerajaan tidak akan menyekat laluan internet dan juga tidak akan menjalankan usaha mendaftar pengguna internet di 'cybercafe'. Ini telah dilakukan bertujuan untuk memulihkan pelaburan asing di MSC.

Akan tetapi kita telah dikejutkan dengan berita seorang 'webmaster' popular laman web telah ditangkap dan peralatan komputernya telah di 'confiscated' yang mana kononnya untuk mencari maklumat yang berbentuk anti kerajaan. Sebenarnya walaupun undang-undang siber telah diujudkan akan tetapi ruang lingkup peraturan tersebut telah tidak dikenalpasti. Ini yang menyebabkan tindakan polis nampak semacam terburu-buru.

Sebagai maklumat tambahan kepada semua reformis, anda adalah digalakkan supaya tidak menyimpan mana-mana artikel anti kerajaan (artikel reformasi) didalam komputer anda. Begitu juga jangan membuat 'bookmark' mengenai laman-laman web reformasi. Pastikan juga 'cache' untuk pelayar 'web' anda dikosongkan selepas digunakan. Bagi yang menggunakan komputer peribadi untuk menelusuri laman-laman 'web' reformasi adalah dinasihatkan agar menggunakan 'proxy server' yang terdapat dibanyak lokasi. Anda juga boleh mendapatkan perisian sistem keselamatan rangkaian komputer dari laman web ' http://members.xoom.com/ketuaperusuh ' dimana dengan menggunakan perisian ini akan meminimakan kesan pemantauan polis.

Pastikan juga anda mematikan sementara 'option' untuk 'java applet' bilamana anda ingin melawat mana-mana laman anti reformasi (laman pro kerajaan). Ini dilakukan adalah kerana terdapat beberapa 'java applet' yang merbahaya yang mana memungkinkan pihak yang berkenaan mendapatkan maklumat mengenai peribadi anda secara 'exploits' pada 'java applet' mereka. Pastikan juga anda mematikan 'cookies' supaya data komputer anda tidak sampai ketangan pihak yang tidak bertanggungjawab. 'Please cover your track' dengan cara menggunakan 'anonymizer' di laman web 'www.anonymizer.com'

Semoga anda (reformis) semua selamat dan terlepas dari pemantauan pihak berkuasa. marilah kita bersama menumpaskan kerajaan yang zalim.

Sumber: Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antabangsa - ISIS)
http://members.xoom.com/ketuaperusuh