Dimana Samy Vellu Saat 'Kaum' Memerlukannya?

Kelancangan Datuk Seri Samy Vellu mempertikaikan kedudukan parti lain, tetapi melupakan nasib kaumnya sendiri yang memerlukan pembelaan beliau dilihat sebagai 'kera di hutan mahu dilampinkan, anak sendiri telanjang bulat'.

80 buah keluarga India merintih dan mengeluh mengenangkan nasib mereka yang akan tersingkir akibat agenda kebuasan 'Penyamun Cantas Bangsa' (PCB) kroni kepada Perampas Kekayaan Negeri Perak (PKNP). Namun di manakah Datuk Seri Samy Vellu ketika ini?

Beliau lebih senang mencanangkan agenda 'tepi kain orang lain', sebaliknya melupakan nasib kaumnya yang memerlukan perhatian dan pembelaan. 80 buah keluarga India itu ada di antaranya telah menukarkan alamat pengundi mereka ke Sungai Siput bagi tujuan memangkah pembangkang untuk bersama menjatuhkan Samy Vellu dalam pilihanraya umum mendatang.

Sikap Samy Vellu yang acuh tak acuh dalam permasalahan kaumnya dilihat sebagai kegagalan Presiden MIC itu memperolehi sokongan yang memihak kepada beliau sejak akhir-akhir ini. Ramai di kalangan pengundi kaum India di Sungai Siput berazam akan menjatuhkan Samy Vellu dengan mengundi pembangkang pada pilihanraya yang dijangka sedikit masa lagi.

Sebahagian daripada pemandangan Meru Raya anjuran TSR Marcos dengan menggunakan kroninya PCB untuk Projek Pembangunan Meru Raya yang menelan keluasan beribu-ribu-ribu-ribu hektar tanah kepunyaan anak negeri. Bangunan yang kelihatan dipuncak bukit itu ialah Menara Perampas Kekayaan Negeri Perak yang dibiayai oleh wang rasuah Syarikat Anakku Sdn. Bhd. dengan tukaran ganti Wisma Wan Mohamad di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh. Ini satu lagi kezaliman kerajaan BN yang memerintah Negeri Perak.

MR~2 June, 1999