TSR Marcos Akan 'Beli' Penyokong PAS?
Khabar yang bertiup kencang dalam gerak kerja UMNO Perak telah sampai ke pengetahuan Minda Rakyat tentang niat TSR Marcos untuk menjadi 'wirawan' dalam Kerajaan BN yang busuk lagi membusukkan itu dengan menghulur wang sebagai ganti sokongan 'kununnya' beberapa pemimpin PAS negeri ini yang akan berpaling tadah ke dalam UMNO.
Sehingga berita ini ditulis belum dipastikan siapakah gerangan yang 'kununnya' pemimpin PAS negeri ini yang berjaya dibeli oleh TSR Marcos.
Namun pada hemat Minda Rakyat cerita pembelian ini adalah ikhtiar terakhir TSR Marcos untuk memenangi hati bosnya Mahathir supaya beliau dicalonkan semula sebagai MB (Mat Buntut) Perak untuk penggal yang keempat.
Jika niat ini berjaya, maka TSR Marcos berbangga dengan kejayaannya membeli pemimpin PAS berkenaan. Namun benarkah yang dibeli itu pemimpin PAS? Minda Rakyat berpendapat ia hanya satu helah untuk memfitnah perjuangan PAS, kerana pemimpin PAS sejati tidak akan tunduk kepada wang ringgit dan kuasa.
MR~2 June, 1999