Ahli Pas Tidak Keliru

Rata-rata ahli PAS negeri Perak menerima keputusan Jawatankuasa Pusat Parti itu samada mahu menangguhkan atau meneruskan cadangan yang ditumbulkan dalam muktamar tahunan yang baru lalu.

Tidak timbul soal pengubahan dasar parti, atau menukar nama parti atau diskriminasi mahupun sesuatu yang pelik, ekoran cadangan PAS membuka keahliannya kepada kaum bukan Islam.

Walau bagaimana pun rakyat percaya perkara ini masih dalam peringkat pertimbangan Jawatan Tertinggi Parti PAS, samada untuk menerima atau menolak cadangan supaya orang bukan Islam boleh menyertai PAS sebagai ahli bersekutu.

Kefahaman jitu rakyat merupakan asas pertimbangan yang seharusnya menjadi ukuran rakyat khususnya ahli PAS menerima atau menolak cadangan itu. Walau bagaimanapun atas dasar 'dengar dan taat' PAS diyakini akan berjaya mengatasi sebarang kekeliruan yang timbuk.

MR~2 June, 1999