Kenyataan Samy Hina PAS!
Kenyataan Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berhubung pakatan antara PAS dan DAP umpama "perkahwinan antara buaya dan monyet".
Beliau dipetik sebagai berkata, "Dia tidak boleh duduk satu tempat. Macam mana monyet boleh duduk dengan buaya dalam air, macam mana buaya boleh duduk dengan monyet atas tanah?"
Sesungguhnya politik MIC atas dasar menghina parti lawan, tetapi tersinggung pula dengan kenyataan sahabatnya yang juga parti komponen UMNO baru-baru ini. Dalam kenyataan sebelum pernyataan maafnya, Lim Khen Yaik menyatakan apa orang India buat disebalik pokok getah tidak diketahui, dalam usahanya menuntut gaji bulanan.
Orang Islam khususnya ahli PAS memandang berat kenyataan Samy. Kepada penduduk Islam Sg. Siput, anda diseru menolak Samy dalam pilihanraya umum kali ini. Sesalilah jika anda telah mengundi Samy dalam pilihanraya lalu. Nyahkan Samy, jangan biarkan Samy terus-terusan menghina Islam!
MR~2 June, 1999