Ternakan Khinzir Diharamkan, Tapi Penyembelihan Masih Berjalan

Pusat Penyembelihan Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang terletak di sebelah pasar borong, Kuala Pari, Ipoh menjalankan aktiviti di sebelah malam hari apabila sekumpulan penyembelih meneruskan aktiviti menyembelih khinzir yang di bawa dari ladang haram (tanpa lesen).

Walau pun Kerajaan Negeri sudah menghapuskan khinzir dan operasinya telah tamat bulan April lalu, namun masih ada ternakan khinzir di negeri Perak yang masih berjalan hingga memaksa operasi penyembelihannya berjalan pada waktu malam.

Adalah dipercayai kakitangan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri ini terbabit dalam operasi penyembelihan secara haram ini yang masih berlangsung setiap hari. Sebelum ini kerajaan negeri sudah mengistiharkan pemusnahan lebih 100,000 ekor khinzir di negeri ini. Inilah bukti penyelewengan di bawah pemerintahan Kerajaan BN dengan menipu rakyat menyembunyikan aktiviti penternakan khinzir dalam masa yang sama bertindak menghapuskannya untuk mengelabui mata rakyat.

MR~2 June, 1999