Utusan Mengucuk, BN Melatah!!

Tindakan media menggembar gemburkan isu keahlian bukan Islam dalam PAS, terutamanya Utusan Malaysia hari ini disifatkan sebagai 'menyucuk si latah'. Justeru itu pelbagai kenyataan dan tohmahan dibuat oleh pemimpin BN terhadap kerajaan PAS dan perjuangan Islam. Tindakan itu disifatkan sebagai 'menghiris hati' umat Islam negara ini.

Ustaz Fadzil Noor selaku Presiden PAS pula menyifatkan utusan sebagai media yang menjadi 'tali barut' Kerajaan BN yang melatah dan kehilangan modal berpolitik dengan menuduh PAS secara melulu dan tidak menghormati perjuangan Islam di negara ini.

Kegagalan UMNO membawa Islam secara syumul di dalam dasar yang menjadi asas pemerintahan negara tidak dipandang serius, sebaliknya asyik mencari kesempatan untuk menuduh PAS denga berbagai propaganda hingga 'kununnya' ada ahli PAS akan menarik diri dari parti dan kaum bukan Islam pula 'kununnya' mencemuh (PAS) kerana dijadikan kuda tunggangan.

UMNO sudah kehilangan modal berpolitik. Ahli PAS dan ahli UMNO mempunyai perjuangan yang berbeza kerana itu apabila menyertai PAS tidak mungkin seseorang akan berpaling tadah kecuali beliau mempunyai niat yang serong di sisi Allah. Perjuangan menegakkan Islam di bumi Malaysia adalah jihad setiap muslimin di sisi ugama Islam.

MR~2 June, 1999