Ramai Terkeliru Perjuangan PAS Sebenar
Jika semua rakyat terutamanya berugama Islam di negara ini memahami perjuangan PAS, insyaAllah akan lebih ramai yang akan menyokong perjuangan parti itu demi mendaulahkan Islam sebagai ad-din yang mencakupi seluruh kehidupan dan memelihara kemakmuran hidup mereka.
Namun atas kepentingan politik semata, kekeliruan diwujudkan oleh UMNO dengan mengatakan perjuangan PAS semata-mata atas dasar ketamakan kuasa dan mencari pengaruh. Sesungguhnya perjuangan menegakkan ugama Allah adalah agenda utama PAS dengan tidak mengenepikan mana-mana pihak samada Islam atau bukan Islam.
UMNO sebenarnya yang mencari pengaruh dan tamakkan kuasa kerana sering berdalih apabila berhadapan dengan rakyat dengan mengatakan politik dan ugama tidak boleh dicampur adukkan. Kenyataan sebegini lahir dari sikap umat Islam yang tamakkan kuasa dan berdalih kerana kufur terhadap perintahNya.
MR~2 June, 1999