10 Fitnah UMNO Ke Atas PKN

Sebagaimana yang dinyatakan beberapa hari lalu, berikut dipaparkan 10 dalil berupa fitnah UMNO ke atas PKN yang tersebar luas di Lembah Kinta semenjak seminggu lalu. Walau bagaimana pun tidak dapat dipastikan apakah 'surat layang' yang menjadi kebanggaan UMNO ini sudah diterima di bahagian lain di negara ini. Orang yang mesti dipertanggungjawabkan dalam pengedaran surat layang ini ialah Hishamuddin Hussein selaku Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Minda Rakyat terpaksa memotong sebahagian dari kandungan atas sebab-sebab bimbang disalahtafsirkan.

  1. SEJARAH KEADILAN : Dicipta & terhasil daripada kegawatan sentimen reformasi 98 dan lipatan propaganda barat. Turut diolah oleh Madline Albright, Al-Gore, Aimen Rais, Lim Kit Siang, Fadzil Noor, Dr. Syed Hussain Ali, Dr. Chandra Muzaffar serta beberapa kerat tokoh-tokoh yang kecewa. Ingat pakatan jahat ANWAR + ALBRIGHT + AL GORE? Mungkinkah KeADILan turut didalangi oleh pakatan antarabangsa yang didokongi oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Penubuhannya pada 4/4/1999 hari Ahad bersamaan "Easter Sunday" adalah hari kebesaran Kristian dan telah diakui oleh majalah antarabangsa. Selamilah apa yang tersirat disebalik hari ini.
  2. IDEALISME KEADILAN : Terlalu kabur, tidak ada arah dan matlamat yang jelas. Sebuah parti yang ditubuhkan di atas asas dan objektif paksian individu; dan meraih simpati dari "tak kira siapa" sahaja. Hilang pemimpin mka hilang idealismenya seperti idealisme komunisme cina dengan Mao Tse Tung. JELAS idealisme keadilan adalah satu pertembungan dan pertentangan dengan Dasar Ekonomi Baru yang didokongi UMNO memperjuangkan hak-hak khusus bangsa dan agama kita untuk kesejahteraan semua secara total.
  3. KUDA PACU PEMBANGKANG : Kemunculan KeADILan pada 4/4/1999 amat menrik untuk diamati. Angka 4 membawa rela mati & rela negara mati. Soalnya siapa yang akan memperkudakan siapa? Apakah PAS, PRM dan DAP akan diperkudakan oleh KeADILan atau sebaliknya KeADILan pula yang dieksploitsi dijadikan kuda pembangkang yang jelas turut "meraih laba" disebalik "kematian karier politik" Saudara Anwar? Kita lihat sahaja siapakah yang sanggup menikam belakang kerana hakikatnya pembangkang-pembangkang adalah seperti "enau dalam belukar", masing-masing hendak melepaskan pucuk.
  4. KEDUDUKAN DR. WAN AZIZAH : Perlantikannya sebagai Presiden KeADILan mencipta sejarah baru dalam politik. Tahniah! Apakah ini bukan suatu cabaran kepada PAS? Kita tunggu fatwa dari Tok Guru Haji Nik Aziz, Fadzil Noor atau Haji Hadi atas pengiktirafan wanita sebagai pucuk pemimpin. Inilah bukti bahawa pembangkang berada dalam keadaan yang amat kontradiksi dan terdesak di sebalik "sorak sorai"nya memukul canang untuk menumbangkan Barisan Nasional.
  5. KEADILAN PARTI 'MULTIRACIAL'? : Status KeADILan sebagai parti 'multi etnik" juga meragukan. Komposisi barisan kepimpinan tertingginya jelas memperlihatkan hakikat ini. Cuma lima dari 31 pemimpinnya mewakili entiti bukan Melayu. Itupun cuma pemimpin NGO's yang selama ini turut mendokong reformasi Saudara Anwar Tujuannya mengumpan bangsa-bangsa lain tetapi akibatnya sanggup menggadai kepentingan bangsa sendiri. Dapatkah saudara bayangkan apakah agenda masyarakat cawangan & bahagian parti ini. Kepentingan Melayu?
  6.  

     

     

     

  7. LAMBANG KEADILAN : Penciptanya memang kreatif kerana sekadar memilih 'mata' sebagai simbol. Namun yang tersirat dan tersurat di sebalik lambang mata itu adalah mencerminkan penderitaan yang kononnya ditanggung oleh Saudara Anwar menerusi isu sensasi 'mata lebam'. Padahal anugerah utama yang diberikan kepada kita manusia adalah AKAL yang membezakan antara kebaikan dan kerosakan dimuka bumi ini.
  8. KEAHLIAN KEADILAN : Cita-cita besarnya mahu mengetuai pembangkang dalam usahanya mahu menumbangkan Kerajaan BN. Apakah strateginya? Bertanding semua kerusi? Ahlinya bagaimana? Mudah sahaja, cekup sini sikit, cekup sana sikit. Inilah perkiraan mudah yang dibuat oleh KeADILan iaitu menarik seberapa ramai ahli-ahli UMNO, ahli-ahli PAS, PRM, DAP dan NGO's bagi menguatkan jemaahnya. Jelas bahawa keADILan sanggup bunuh kawan. KeADILan sanggup melukai hati kawan. Yang penting : memuaskan nafsu dan kehendak sehingga sanggup mengorbankan budi dan jasa UMNO selama ini.
  9. KEADILAN SEBAGAI ALTERNATIF BN? :KeADILan tidak mempunyai sebarang kekuatan dari segi struktur organisasi, barisan kepimpinan, visi dan misi, idealisme dan agenda perjuangan serta 'track record" dalam memacu kecemerlangan agama, bangsa dan negara. Inilah merit sebenar rupa bentuk keADILan yang cuma pandai berkokok dan lempar batu sembunyi tangan. Kesimpulannya KeADILan bukan sahaja tidak layak untuk memimpin sebarang bentuk "Gagasan Pembangkang", jauh sekali menjadi alternatif kepada Kerajaan BN.
  10. DOSA-DOSA KEADILAN : Rakyat tidak akan lupa sejarah hitam yang mewarnai senario politik Malaysia sekitar awal September 1998 dulu. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap segala bentuk rusuhan serta demontrasi jalanan yang tercetus akibat dari ledakkan sentimen serta emosi reformasi yang dilaungkan oleh Saudara Anwar itu? Siapakah yang bertanggungjawab menjemput kuasa-kuasa luar memberi lesen besar menangkap dan mencengkung pemimpin dan kerajaan kita sendiri? Jelas mereka sanggup mengadai maruah dan kedaulatan bangsa kita. Siapakah dalang, petualang, pengkhianat yang sememangnya bacul sehingga sanggup membelakangi undang-undang? Layakkan mereka menjadi pemimpin rakyat?
  11. DEFINASI KEADILAN : Amati dan renungilah dengan minda yang terbuka erti sebenar KEADILAN pimpinan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail iaitu : (K) - Kumpulan, (E) - Emosi, (A) - Anwar, (D) - Dan (I) - Isteri, (L) - Lahirkan, (A) - ancaman, (N) - Negara. Kesimpulannya KEADILAN muncul daripada himpunan ledakan emosi dan sentimen politik yang sempit sekadar mahu menyelamatkan kepentingan seorang personaliti, bukannya atas dorongan niat mahu memperjuangkan masa depan agama bangsa dan negara.

MAJLIS PENERANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Minda Rakyat mengalu-alukan sebarang komen, pandangan dan kritikan anda para netters di atas fitnah ini untuk kebaikan bersama.

MR~3 June, 1999