Baginda Tak Hadir Sama!
Besok adalah hari keputeraan DYMM YDP Agong yang baru. Sempena hari keputeraan ini khabarnya diseluruh negara khususnya di masjid-masjid utama diadakan majlis membaca Yassin. Seperti kebanyakan masjid lain di negara ini Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh tidak ketinggalan dijadualkan berlangsung majlis seumpama itu.
Namun dalam majlis yang dijadualkan bermula lewat asar esok (5 Jun 1999), Paduka Seri Sultan Perak mewakilkan anakandanya Raja Nazrin Shah selaku Raja Muda Negeri Perak Darul Ridzuan. Sementara itu antara kenamaan yang akan hadir ialah pembesar negeri termasuk TSR Marcos.
Menurut sumber dari Istana kesihatan Paduka Seri Sultan tidak menghalang beliau hadir dalam majlis tersebut. Namun sengaja telah dirancang bahawa ketidakhadiran itu khabarnya kerana baginda 'tidak berapa gemar' TSR Marcos ada bersama.
Selain daripada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, mutakhir ini jarang sekali baginda dan TSR Marcos duduk semajlis.
MR~4 June, 1999