Jins Samsuddin Akan Bertanding?

Maklumat yang diterima menyatakan Dato' Jins Shamsuddin seniman kita kini begitu aktif berkempen di Daerah Larut Matang. Minggu lalu beliau hadir dalam majlis penerangan anjuran UMNO Selama supaya beliau lebih rapat mendampingi rakyat.

Minda Rakyat sedang mengikuti perkembangan apakah beliau akan bertanding di Kerusi Parlimen Larut yang bakal dikosongkan oleh Cikgu Zihim sekarang atau bertanding di Kerusi ADUN. Cikgu Zihim sudah tiga penggal menduduki kerusi Parlimen Larut.

Mmaklumat dari 'grassroot' pula menyatakan walau siapa pun yang bertanding di kawasan Larut atau Selama khususnya, asal ia dari UMNO atau BN, maka majoriti penduduk akan menolak pencalonan mereka. Azam penduduk kali ini ialah untuk sama-sama memperkukuhkan undi PAS yang pada dua tiga penggal lalu hampir menewaskan calon BN.

MR~4 June, 1999