Utusan Sebar Khabar Palsu Untuk Pecah Pembangkang!!


Sesiapa yang masih membaca suratkhabar Kerajaan hari ini akan melihat satu bentuk penulisan yang dihasilkan dari spekulasi yang rapuh untuk memecahbelahkan kenyakinan rakyat mengundi pembangkang.

Antara petikan UM ialah kenyataan Pengerusi DAP, Dr. Chen Man Hin yang mengatakan bahawa pembangkang akan menggilirkan jawatan PM jika Kerajaan Alternatif berkuasa nanti. Sesungguhnya putarbelit Utusan begitu kuat tetapi palsu semata. Utusan yang khabarnya terpaksa menjual suratkhabar lamanya akibat kurang dilanggani akhir-akhir ini tidak serik, malah memperbaharui strategi mereka membela kezaliman dan penyelewengan.

Sesungguhnya di sisi rakyat Utusan Malaysia merupaka 'perkhabaran syaitan' yang datang meniup ke telingan manusia sup[aya mengajak berbuat 'durhaka' kepada Allah melalui perpecahan sesama manusia. Utusan yang berbangga dengan Penyebar Fikiran Rakyat kini lebih mirip Penyebar Fitnah Rakyat.

Boikot Utusan!!!!

Hapuskan Penyelewengan, Tegakkan Keadilan

MR~4 June, 1999