Kakitangan Kerajaan Merungut!!

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil:2 Tahun 1999 yang baru dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan ditandantangani oleh Datuk Samsudin Osman menerima rungutan pelbagai lapisan dan perigkat kakitangan awam.

Antara yang terkandung dalam Surat Pekeliling berkenaan yang merupakan lanjutan di bawah perkara 10, Peraturan-peraturan Pegawai-pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Tahun 1993, menghendaki seseorang kakitangan awam termasuk kumpulan D supaya mengistiharkan harta mereka sekerap yang boleh yakni apabila berlaku pemilikan dan pelupusan harta mereka atau sekurang-kurang setiap 5 tahun sekali.

Nampaknya rungutan kakitangan awam ialah kerana kadangkala mereka yang jujur dan terpaksa menampong kekurangan gaji yang rendah, mereka berniaga di pasar-pasar malam atau di mana sahaja punca yang tidak mengganggu tugas mereka, apa lagi yang mana hanya suami sahaja yang bekerja.

Berkat ketabahan dan jimat cermat suami isteri (Isteri selalunya berniaga dan suami membantu) kadangkala mereka mampu untuk memiliki kereta baru dan rumah, meski kadar gaji suami belum mencecah RM1,000 dan anak-anak sudah 3 atau 4 orang. Mematuhi pekeliling yang berkenaan, terpaksalah suami membuat laporan setahun mungkin dua atau tiga kali jika berlaku perubahan/pelupusan harta.

Anihnya bapak-bapak Menteri yang gaji beribu-ribu dan terdedah dengan segala penyelewengan dan rasuah tidak disemak pun hartanya? Hanya baru cadangan nak suruh menteri atau pegawai tertinggi Kerajaan istihar harta, akhirnya cerita itu senyap begitu sahaja.

Apakah PM kita sudah istiharkan hartanya? Bagaimana Menteri-menteri yang lain seperti Megat Junid? TSR Marcos? Ting Chiu Peh? Lim Liong Sik? Samy baik (Value tiada)?

Ini satu penindasan yang berlaku dalam Kerajaan BN hari ini.

MR~4 June, 1999