Menteri Kita Menteri Ayam, Telor Sebiji Riuh Sekampong!!!
Lihat sahaja kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan imbuhan khas sebanyak RM600, yang akan diterima oleh kakitangan awam dan pesara perkhidmatan awam mulai Julai ini, sebagai bertepatan dengan masa terutama dari segi keperluan menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
Tanya Najib, berapakah perbelanjaan beliau sekali 'dinner' dengan 'girlfirend'nya di mana-mana saja hotel di Malaysia ini. Cukupkah RM600 itu bagi tempoh 6 bulan, yang diagihkan pemberiannya sebulan RM100 sahaja? Cukupkah RM600 itu untuk membayar bil air atau letrik atau telefon selama 6 bulan? Cukupkah RM600 untuk membayar kos petrol kereta selama 6 bulan?
Tiada apa kegembiraan yang wujud di hati rakyat khususnya kakitangan awam kerana harga barang telah naik dua minggu lalu dan ayam sudah naik lebih sebulan lalu. Adakah Najib sedar ini semua?
Baru bawa balik hutang RM3.8 bilion dari AS melalui penjualan bon Malaysia sudah katakan ekonomi sudah pulih? Inikah kemakmuran ekonomi yang hendak dicanangkan? Apakah rakyat terlalu bodoh untuk disogokkan RM600?
Najib harus menjelaskan juga sudah berapa banyakkah wang rakyat yang di'songlap' oleh para menteri kita yang hidup mewah, sedang rakyat menderita? Kemana kekayaan negara kita? Berapa perbelanjaan membina Mahligai Mahathir?
Anih! Menteri-menteri UMNO sememangnya anih dan bodoh! Baru nak bertelor sebiji, riuhnya sekampong!!!!
Tumbangkan Kerajaaan BN dan UMNO dalam pilihanraya kali ini. Dan insyaAllah kita hadapkan semua menteri kemuka pengadilan!
Hapuskan Penyelewengan, Tegakkan Keadilan
MR~4 June, 1999