Rakyat Menjadi Kafir Akibat Kecuaian Kerajaan dan Dasar Sekular!!
Kenyataan Yusof Noor yang meminta Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bertanggungjawab untuk memperbetulkan isu tuduhan kafir tidak ada asas-asas kukuh dan perlu diperbetulkan.
Kenyataan Ketua Penerangan Umno itu disifatkan mencari kesalahan yang tak bertempat dalam diri seorang ulama seperti Datuk Nik Aziz. Jika benar ada tuduhan isu kafir mengkafir itu, beliau (Yusuf Noor) seharusnya bertanggungjawab akibat 'kekafiran' seseorang yang mungkin berpunca dari dasar kerajaan yang mengamalkan sekular selama 42 tahun dalam pemerintahannya.
Mana adilnya, jika seseorang jadi kafir, orang yang mahu menegur dan membelanya harus dihukum. Sewajarnya, orang yang menjadi penyebab manusia jadi kafir itulah yang seharusnya menerima hukuman. Mengikut hudud, seseorang yang meng'kafir'kan dirinya atau meng'kafirk'an orang lain (melalui perlaksanaan dasar atau perbuatan) hendaklah dihukum bunuh.
Yusuf Noor harus berterima kasih kepada Tuan Guru Nik Aziz sekiranya benar ada di kalangan masyarakat negara ini yang menjadi kafir akibat dasar pemerintahan dan seribu segala dasar yang sekular dan tidak merujuk kepada Al-Quran.
Masyarakat majmuk bukan lagi alasan untuk menidakkan perlaksanaan Islam dan hukum hudud di negara ini. Maka Allah lebih mengetahui apa yang sebenarnya tersirat di hati para Menteri termasuk Yusuf Noor kerana memerintah lebih 42 tahun tapi kufur dengan perintah Allah bagi melaksanakan Islam secara sungguh-sungguh.
Jika kita sedar seseorang jatuh kafir, maka mestikah kita berimamkan mereka? Jika Yusuf Noor kata boleh, Yusuf Noor bolehlah sembahyang berimamkan Samy Vellu atau Lim Liong Sik!!!
MR~4 June, 1999