Ibrahim 'Al-Kataki' Memang Kolot

Jika seseorang mengatakan kita bodoh atau tolol tentu kita akan marah. Namun hakikat sebenarnya kita memang seorang yang bodoh atau tolol!! Bagaimana kita nak mengatakan diri kita kepada orang lain, bahawa kita ini cerdik dan pintar!

Kebodohan Ibrahim Al-Kataki yang menjadi peminat setia laman web reformasi terbukti apabila beliau mengatakan bahawa para webmaster dibiayai oleh dalang dan kuasa asing. Ini secara terang terangan menunjukkan kebodohan bapak menteri itu!! Beliau kemudian memfitnah pelajar luar negeri kerana 'kununnya' mereka dibiayai oleh kuasa asing kerana membina laman web yang didakwanya memfitnah UMNO dan mencaci kerajaan memerlukan kos yang mahal!!!

Wahai Ibrahim Al-Kataki kalau tidak tahu ilmu komputer dan IT jangan cuba menelah dan membuat kenyataan bodoh. Gunakan RM20 juta yang diperuntukan menghapuskan laman web reformasi itu sebagai wang membantu rakyat miskin dan kelaparan. Atau menambah subsidi kerajaan supaya harga barangan dapat dikurangkan. Mungkin dengan jalan demikian anda boleh membantu mengurangkan laman web kerana mereka (para webmaster) akan menghadapi kekurangan isu untuk dibentangkan dalam laman mereka.

Atau juga beritahu Maha Firaun tu supaya turun sahaja dari takhtanya dan istiharkan hartanya dan keluarga, harta kroninya. Atau minta sahaja pemimpin UMNO meletakkan jawatan secara beramai-ramai dan serahkan mandat kembali kepada rakyat untuk memilih pimpinan baru.

InsyaAllah dengan cara ini laman web reformasi berkemungkinan akan berkurangan atau mungkin tiada lagi. Ibrahim mesti faham selagi adanya penyelewengan, adanya rasuah kuasa dan ketidakadilan, dan selagi negara ini tidak tunduk dan patuh kepada hukum Allah, maka selagi itulah para webmaster akan meneruskan perjuangan mereka.

Tiada sesiapa yang membiayai mereka kerana mereka sudah komited terhadap perjuangan. Walau satu sen yang dibelanjakan oleh mereka membiayai pembinaan dan penyelenggaran laman web tersebut, itu dianggap jihad di sisi Allah kerana berjuang untuk menegakkan kalimah Allah di bumi tercinta, iaitu negara Islam. Jaminan Allah adalah syurga kepada perjuangan mereka, seandainya mereka tewas dalam perjuangan itu.

Kepada Ibrahim Al-Kataki saya katakan, tiada istilah 'melompat' di kalangan para webmaster di jihad ini, kerana perjuangan ini semata-mata untuk Allah dan keagungan Islam.

Polong_cyber