PAS Tetap Mahu Negara Islam

PAS tetap meneruskan perjuangannya untuk menubuhkan sebuah negara Islam walaupun berada dalam gabungan parti-parti pembangkang yang masing-masing mempunyai dasar perjuangan berbeza, lapor BERNAMA.

Presidennya Datuk Fadzil Noor berkata penubuhan sebuah negara Islam merupakan dasar perjuangan PAS dengan keyakinan bahawa Islam adil dan boleh menjamin kesejahteraan kepada semua rakyat termasuk bukan Islam.

"Itu dasar yang kita pertahankan. Kita boleh kerjasama dari aspek yang boleh kita berkerjasama seperti yang selalu saya sebutkan (seperti) soal keadilan, soal hak-hak asasi," katanya.

"Soal dasar tak pernah timbul, kita tak pernah bincang. Soal dasar itu masing-masing parti lah..tapi kita mencari satu titik pertemuan," katanya.

MR~5 June, 1999