Golkar Akan Kalah?
Pertemuan istimewa ini tidak pernah dirancang. Beberapa orang pendatang Indonesia berkumpul menatap akhbar sambil meneliti perkembangan 'pemilu 99' di Indonesia yang kini sedang menjalani tempoh 'bertenang'.
Golar mungkin akan kalah kali ini, mula seorang pakcik dipanggil 'wak'. Tapi perpecahan parti Islam PPP merunsingkan juga, katanya lagi. Menurut beliau, dahulu PPP sebagai parti Islam terbesar kini dipecah-pecahkan sebagai strategi pilihanraya kepada Gustur, PKB dan lain-lain.
Kalau di Malaysia Golkar sama seperti UMNO hari ini. Dahulu katanya, siri penerangan dan ceramah PPP sama macam PAS di Malaysia. Di mana-mana sahaja diadakan kerana semua tempat yang istimewa (dewan, stadium, hotel dsbg) dilarang kepada parti Islam. Tapi rakyat masih boleh bersabar.
Tetapi menurutnya lagi setelah ugama Islam dipermainkan, diperkotak-katikkan, dihina, dibuat 'sembrono', maka rakyat bangkit untuk berjihad, kata wak. Eh! Sama macam di Malaysia bisik hati kecil saya. Patutlah Mahathir begitu takut perkembangan di Indonesia kerana dibimbangi akan meresap di Malaysia.
Lihatlah bendera itu hampir sama macam di Indonesia, kata wak merujuk sebuah bendera UMNO yang berkibar lusuh dikelilingi sejumlah bendera PAS dan keADILan. Saya yang begitu taksub kepada perkembangan reformasi di Malaysia, terlupa perkembangan 'partai' politik Indonesia yang sebenarnya saling tak tumpah perjuangan jihad mereka dengan saya dan rakan-rakan kerana ketidakadilan, kezaliman dan penyelewengan yang berpanjangan dilakukan oleh 'pemerintah'.
polong cyber
5 June, 1999