Mustapa Mohamad Akan Kekal?
5 June, 1999 - Parlimen Jeli kelihatannya amat kukuh. Menurut sumber yang dipercayai, Mustapha Mohamad 'all-out' untuk memenangi pilihanraya umum akan datang. Antara program yang dijalankannya itu seperti mengadakan jamuan makan pada setiap hari di Wisma UMNO berhadap JPJ, Jeli. Jadi tiada halangan kepada rakyat tempatan untuk menjamu selera dan tiada rakyat yang kelaparan kerana boleh makan di sana jika lapar.
Selain itu juga, wanita besi Malaysia, sering berkunjung membantu para peniaga kecil. Asal ada sahaja tapak perniagaan, bantuan perniagaan sentiasa dihulurkan. Paling kurang RM5,000 mesti diberi. Segala halangan yang wujud akan dibereskan termasuk syarat pinjaman yang memerlukan sijil kursus, itu juga diadakan dan ditandatangani sendiri oleh Mustapa Mohamad selaku Menteri Pembangunan Keusahawanan.
Pendek kata, apa sahaja dilakukan oleh Mustapha Mohamad sebagai pendekatan yang menyebabkan rakyat terhutang budi kepadanya. Hai BPR pun masih berdiam diri. Begini punyai penyelewengan, sepatutnya BPR sudah menghidu sejak awal lagi aktiviti ini yang berjalan sejak tahun lalu. Penyelewengan ini merupakan satu lagi hak rakyat dicabuli untuk kepentingan diri sendiri!~MR