Kejelekan Media Mahathir!!
6 June, 1999 - Media Mahathir, tidak kira Utusan Malaysia dan Berita Harian sebagai pendokong utama kerana pasaran mereka yang lebih baik di kalangan orang Melayu, berperanan cukup aktif untuk melahirkan suasana 'pecah belah' dalam arena politik tanah air.
Ke'bijet'tan dan ke'jelek'kan itu jelas dalam mereka memunapulasikan sesuatu isu daripada "0" hingga boleh mengujudkan pertentangan antara dua pihak dan pihak ketiga. Umpamanya, isu yang menyentuh jawatan PM 'kununnya' hanya boleh disandang oleh PAS jika Barisan Alternatif berkuasa kelak. Isu ini lahir dari idea pemberita yang jahat dan jelek. Soalan ditujukan kepada DAP 'kununnya' yang jadi mangsa. Selepas itu diminta dari PAS pula. Hasil temuramah isu kosong sudah jadi hangat. Akhirnya Utusan mengeluarkan tajuk yang boleh mencetuskan kemarahan dua pihak yang saling bekerjasama dan kepada rakyat seolah-olah pakatan pembangkang melalui Barisan Alternatif. Inilah kebijetan dan kejelekan media hari ini!!
Setiap isu adalah sama, tetapi akhirnya mereka gagal mengujudkan pertentangan antara Barisan Alternatif, apabila dua pihak berkenaan duduk semeja dan bincangkan hal berkenaan dan mendapati media hanya berperanan sebagai 'ular air' (tukang cucuk) sana sini. Begitulah semua isu yang dimainkan oleh media. Dan paling terbaru selain isu negara Islam, media mula 'cucuk' antara dua pemimpin, iaitu Dato' Fadzil Noor dengan Tuan Guru Nik Aziz. BH mengatakan percakapan mereka bertelagah. Nampak seolah-olah kesamaan dalam media Mahathir yang menggunakan konsep 'pecahbelah dan perintah' dalam pencapaian matlamat mereka membantu bos mereka (Mahathir Kutty).
Namun di sisi rakyat, kejahatan media sudah dimaklumi. Akibat yang mesti ditanggung oleh media utamanya ialah bilangan naskah yang semakin kurang dilanggani. Kedua mereka baca tapi dalam masa yang sama mereka nafikan. Dan ada yang membaca untuk ikuti perkembangan 'musuh' mereka (UMNO) dan senang untuk bertindakbalas melalui apa cara jika melibatkan persekitaran mereka.
Maklumat yang diterima dari penduduk Buttertworth, sekitar Sungai Dua, Seberang Jaya, Permatang Pauh mengatakan bahawa UM dan BH masih boleh dilihat di waktu petang (senja) sebelum mereka keluar ke masjid waktu maghrib dengan bilangan yang cukup banyak di kedai-kedai yang masih menjual akhbar itu. Sebaliknya Harakah menjadi 'rinduan' dan berebut-rebut antara mereka. Ada yang terpaksa berkonsi Harakah sehingga 5 buah keluarga kerana bilangan Harakah tidak seperti UM dan BH yang pada bila-bila masa boleh menambahkan bilangannya. Almaklumlah media Mahathir!
Tinjauan penduduk di Lembah Kinta pula majoriti yang membaca UM dan BH menggelengkan kepala bila membaca berita yang berunsur 'provokasi' terutamanya berita politik pembangkang. Namun kata mereka baca kerana mereka perlukan ruangan lain seperti iklan, berita sukan, dan pelbagai notis dan tawaran kerja dan kontrak. Ertinya jika ada akhbar yang hanya menyiarkan artikel sukan, notis kerja dan kontrak UM atau BH langsung tak laku!!
Dan ada bilangan yang membaca untuk meramalkan kegiatan BN supaya apa-apa tindakan senang mereka tahu dan mana yang patut akan mereka lakukan. Hanya sekadar itulah nampaknya alasan mereka masih membaca BH dan UM namun yang membelinya sudah banyak berkurangan.
Demikian antara risiko yang terpaksa ditanggung oleh media Mahathir dalam meluaskan pengaruh UMNO dan Kerajaan BN. Mereka seolah-olah menyogokkan sesuatu yang jelek seumpama 'najis' ke dalam fikiran rakyat. UM dan BH juga ada bersama-sama dalam sistem barisan yang dimaksudkan oleh Prof Datuk Shnon Ahmad dan bukunya berjudul SHIT itu.
Kepada rakyat, teruskan pemboikotan anda terhadap media Mahathir supaya apa sahaja provokasi atau niat jahat mereka gagal disampaikan. Bersatulah kita dalam Barisan Alternatif yang merupakan satu-satunya alternatif terbaik buat semua.~MR