Kalau Tak Faham Jangan Cakap!!
6 June, 1999 - Para pemimpin UMNO hari ini diseru supaya menghentikan percakapan mereka kepada isu yang membabitkan pembangkang kerana mereka tiada ilmu untuk berkata sedemikian. Terutamanya PAS yang berjuang berlandaskan hukum Islam, maka sekiranya mereka (Pemimpin UMNO) tidak memahami dan mendalami Islam supaya jangan bercakap mengenai perjuangan Islam yang mereka tak memahaminya kerana dibimbangi bukan sahaja boleh menyesatkan diri mereka, tetapi menyesatkan orang lain.
Rata-rata pemimpin UMNO ingin jadi hero dan membuat ulasan mengenai perjuangan PAS, namun ulasan mereka kerapkali bercanggah dengan ugama dan 'fatwa' mereka sesat lagi menyesatkan.
Seorang Menteri Besar UMNO sanggup membela DAP kerana marahkan PAS dan tindakan awalnya dilihat supaya DAP dan PAS berpecah. Laporan BERNAMA memetik sebagai Isa Samad membuat kenyataan, "Langkah ini bagi membolehkan DAP mendapat peluang sama menjadi Perdana Menteri...itu yang tersirat daripada cadangan DAP ini kerana kenyataan terbuka PAS menunjukkan DAP tidak layak"~MR