Kerana Ingin Menyaingi dan Jadi Popular
6 June, 1999 - UMNO selaku parti Melayu yang mula dilupakan mengorak langkahnya dengan menubuhkan satu unit dinamakan Unit Komando, di Ipoh semalam.
Lebih 1,000 pelekat berwarna merah bertulis "Umno, Dulu, Kini, Selamanya" diedarkan kepada kira-kira 600 anggota komando pergerakan itu, yang dipilih dari kalangan mereka yang mendukung prinsip parti, di setiap bahagian. Ini dilihat sebagai percubaan menyaingi populariti PAS yang sudah berbulan-bulan lamanya mengedarkan berbagai jenis pelekat, baju T dan tag yang bermottokan " Confirm Pangkah PAS", "DULU UMNO KINI PAS", "Pergi Kubo Naik Bas, Dulu UMNO Sekarang PAS" dan berbagai lagi pelekat yang menunjukkan perjuangan PAS disanjungi dan menolak kepimpinan UMNO yang kian di benci.
Sementara itu Parti KeADILan pula lebih popular dengan cogankata "JUCTICE FOR PAPA", "Mana Keadilan?" dan lain-lain. Mengenai penubuhan unit komando pula Minda Rakyat menyifatkan UMNO sebagai parti yang akan menggunakan kekerasan pada pilihanraya kali ini. Justeru itu rakyat dinasihatkan supaya jangan mendekati sebarang propaganda dan majlis anjuran UMNO kerana parti yang terdesak boleh menggunakan ugutan jika mereka sedar tiada sokongan terhadap mereka lagi.
Kegiatan ahli komando UMNO perlu disekat daripada memasuki ruang kebebasan rakyat dan jika perlu rakyat membuat laporan polis jika mereka terasa diancam.~MR