Pakatan Pembangkang Akan Hancurkan UMNO
6 June, 1999 - UMNO begitu gentar menghadapi Barisan Alternatif yang merupakan satu pakatan parti-parti pembangkang yang terbesar dalam sejarah politik negara ini. Justeru itu pelbagai tohmahan dan propaganda serta provokasi dilakukan oleh UMNO dan para medianya dalam memenangi hati rakyat dengan mengujudkan situasi seolah-olah pakatan pembangkang itu sedang menghadapi pertikaian yang besar.
Namun itu semua sebenarnya adalah helah UMNO semata-mata dan rakyat jangan mudah percaya kepada helah UMNO itu. Naib Presiden UMNO Najib Razak hari ini memfitnah pakatan pembangkang dengan mengatakan bahawa pakatan parti pembangkang itu sedang berlaku dan ianya membuatkan rakyat hilang kepercayaan terhadap pakatan itu yang merupakan satu pilihan yang lebih baik untuk mentadbir negara ini.
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini disifatkan sebagai berkata, "Kegagalan mereka ini akan membuatkan rakyat lebih memberikan tumpuan kepada BN (Barisan Nasional)".
Najib juga mendakwa pakatan akan gagal memandangkan mereka belum menentukan parti mana yang akan menguasai kerjasama tersebut. Kenyataan Najib dilihat sebagai satu fitnah yang maha besar ke atas pakatan pembangkang dalam Barisan Alternatif dan Najib seharusnya bersedia untuk menghadapi sebarang tindakan yang akan dikenakan keatas beliau.~MR