Pak Lah 'B' Jangan Ikut Rentak Al-Kataki!

6 June, 1999 - Pak Lah B meningatkan para pelajar Malaysia di luar negara supaya jangan membiarkan diri diperalat oleh orang asing untuk mengkritik atau menghina negara sendiri. Sebaliknya mereka harus sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab terhadap negara sendiri dan bukannya menjadi alat atau agen orang asing untuk menghina kerajaan.

Kenyataan Pak Lah B itu dilihat sama macam kenyataan Ibrahim Al-Kataki semalam yang cuba mengujudkan unsur asing ke dalam pertikaian kepimpinan UMNO dan sokongan yang kian meruncing dalam parti itu.

Akibat gagal memahami dan menguasai ilmu IT. Ibrahim Al-Kataki mendakwa laman web reformasi di negara ini dibina oleh para pelajar yang sedang menuntut di luar negeri dengan bantuan kewangan oleh agen asing. Ibrahim Al-Kataki dan Pak Lah 'B' perlu belajar ilmu IT dan jangan memaksa rakyat belajar sedangkan anda melupakan tanggungjawab itu. Apabila kedua-dua Pak Lah 'B' dan Ibrahim Al-Kataki sudah menguasai ilmu tersebut, mereka akan malu dengan kenyataan sendiri yang mencanangkan unsur asing dalam pakatan membila laman web reformasi.

Kepada Pak Lah 'B' dan Ibrahim Al-Kataki, Minda Rakyat cuma nak bagi tahu satu perkara bahawa majoriti laman web reformasi bukan dibina oleh para pelajar peringkat tinggi. Dan seperkara lagi pembinaan laman web merupakan 'khidmat percuma' yang ditawarkan oleh server masing-masing (yang mereka gunakan) dan perkhidmatan ini boleh diperolehi di seluruh dunia. Webmaster cuma perlu bayar bil TMNet, bil telefon atau Invoice Jaring. Tolong hentikan kenyataan 'bodoh' anda.~MR